Cara DIY Table Bar Hanya Dengan Menggunakan Kayu Sahaja

173 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sudah pasti ramai yang memasang impian dan bercita-cita untuk memiliki table bar. Namun, kebanyakan pemilik rumah tidak berkemampuan kerana harganya boleh dikatakan agak mahal juga.

Namun terdapat cara yang lebih menjimatkan hanya dengan melakukan secara DIY sahaja. Dengan cara ini, ia tidak memerlukan modal dan bajet yang besar, cukup sekadar kreativiti yang diperlukan.

Perkara tersebut telah dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Mohd Erfan Daud. Beliau telah menunjukkan cara DIY table bar hanya dengan menggunakan kayu sahaja.

Jom sama-sama ikuti dengan lebih lanjut cara penghasilan di bawah ini.

Cara DIY Table Bar Hanya Dengan Menggunakan Kayu Sahaja

Belanja hasil projek DIY table bar. Table bar ini tak sampai setahun buat.

Ada dekat-dekat 3 bulan je. Itu antara sebab saya tak pernah open apa-apa order untuk kerja-kerja menukang.

Betul. Saya sekadar melayan tempahan kawan-kawan rapat yang tahu perangai dan mood saya dan saya lebih suka berkongsi dan memberikan tips dan panduan dari mengambil tempahan.

Okey. Step masih sama seperti projek-projek saya sebelum ini. Cuma kali ini saya nak share tips nak make up atau menambah aksesori pada projek yang tengah buat ataupun yang sedia-ada.

Ye lah. Kadang-kadang dengan sedikit penambahan pada kerja kita boleh memberi kesan atau impak yang berbeza. Pokok pangkalnya rajin atau tidak sahaja.

Tak banyak mana pun, sekadar tambah frame dan pangkah pada dindingnya dan muka lacinya tambah frame menggunakan kayu wainscoting.

Oh ya kayu wainscoating itu saya beli RM5 sebatang, panjang dalam 8 kaki kalau tak silap.

Kita belajar sama-sama.

Plan asal sebenarnya seperti ini. Tapi nampak dinding kiri dan kanan itu plain, kosong sahaja.

Jadi, dengan sisa-sisa belahan plywood yang ada, ia dijadikan sebagai trim bingkai pada tepi dindingnya.

Cara DIY Table Bar Hanya Dengan Menggunakan Kayu Sahaja

Apabila sudah selesai pemasangan bingkai pada dinding, silang bahagian sisi tersebut menggunakan kayu membentuk tanda X.

Pada bahagian permukaan laci tersebut, boleh guna material yang sama untuk bahagian top.

Cara DIY Table Bar Hanya Dengan Menggunakan Kayu Sahaja

Frame dan kayu sis bersilang itu digam dan ditembak pak. Bagi menutup lubang-lubang dan kecacatan yang ada, boleh guna wood filler.

Cara DIY Table Bar Hanya Dengan Menggunakan Kayu Sahaja

Bahagian sebelah lagi juga dilakukan dengan konsep bersilang membentuk tanda X.

Cara DIY Table Bar Hanya Dengan Menggunakan Kayu Sahaja

Ketika ini, proses undercoat dilakukan. Ia perlu dilakukan 3 lapisan. Selepas itu, baru digosok menggunakan kertas pasir.

Cara DIY Table Bar Hanya Dengan Menggunakan Kayu Sahaja

Bahagian atas selepas dilicinkan. ketika ini bahagian body telah dicat 1 layer.

Cara DIY Table Bar Hanya Dengan Menggunakan Kayu Sahaja
Cara DIY Table Bar Hanya Dengan Menggunakan Kayu Sahaja

Kayu wainscoting kalau simpan lama memang menjadi bengkok.

Cara DIY Table Bar Hanya Dengan Menggunakan Kayu Sahaja

Potong 45 darjah guna mitre atau miter saw. Potong satu persatu dan baru potong yang lain-lain. Gamkan dan kemudiannya tembak paku.

Cara DIY Table Bar Hanya Dengan Menggunakan Kayu Sahaja

Proses undercoat dilakukan menggunakan cat dinding.

Cara DIY Table Bar Hanya Dengan Menggunakan Kayu Sahaja

Kemudian, gosok dengan menggunakan kertas pasir.

Cara DIY Table Bar Hanya Dengan Menggunakan Kayu Sahaja
Cara DIY Table Bar Hanya Dengan Menggunakan Kayu Sahaja

Spray lapisan pertama dilakukan.

Cara DIY Table Bar Hanya Dengan Menggunakan Kayu Sahaja

Untuk proses ini, perlu cat dan gosok sekurang-kurangnya 3 kali untuk setiap projek.

Cara DIY Table Bar Hanya Dengan Menggunakan Kayu Sahaja

Akhirnya siap, nak buat handle sendiri agak malas. Jadi, setelah order dekat Shopee, kecil pula saiznya.

Cara DIY Table Bar Hanya Dengan Menggunakan Kayu Sahaja

Ketika ini table bar telah dicat menggunakan 2 layer menggunakan cat Dulux white satin. Selepas dicat, beliau simpan di dalam rumah 2-3 hari sebelum gosok dan cat untuk lapisan seterusnya.

Cara DIY Table Bar Hanya Dengan Menggunakan Kayu Sahaja

Beginilah hasil table bar tanpa kabinet. Cukup cantik dan menarik. Namun tiada handle.

Cara DIY Table Bar Hanya Dengan Menggunakan Kayu Sahaja
Cara DIY Table Bar Hanya Dengan Menggunakan Kayu Sahaja

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana dalam menghasilkan projek DIY seperti ini. Selamat mencuba.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down