Dekorasi dinding dengan menggunakan kaedah wainscoting sering kali dihasilkan oleh pemilik rumah pada masa kini dengan cara DIY sahaja. Hal ini kerana, selain dari senang dipasang, wainscoting juga boleh dibeli dengan harga bajet sahaja.
Pemilik rumah ini yang bernama Jamn Jameelun telah memilih konsep dekorasi wainscoting pada bahagian dinding bawah ruang tamu miliknya. Semuanya dilakukan sendiri je tau guna cara DIY!
Jadi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai proses pemasangan wainscoting ini. Jom sama-sama kita ikuti di bawah ini.
DIY wainscoting. Panjang dinding ini 25 sqft. Kos yang dikeluarkan adalah lebih kurang RM300 sahaja.
Ini adalah PVC yang digunakan. PVC tersebut dibeli dari Shopee. Sebatang dalam 1.5meter. Kalau beli banyak macam ini dalam RM190 keatas.
Wainscoting PVC dapatkan di sini: https://shope.ee/409zd8KTSA
PVC yang besar seperti dalam gambar di bawah ini dipanggil chair rail untuk border atas. Yang kecil 4cm untuk kotak-kotaknya.
(20ft = 240inch - 28inch) ÷ 7
Dapat panjang 1 kotak ± 30.28 inci.
Contoh:
Dinding berkeluasan 20 sqft nak buat 7 kotak, gap antara kotak 4 inci.
(20ft = 240inch - 28inch) ÷ 7
Dapat panjang 1 kotak ± 30.28 inci.
Potong ikut angle yang dimahukan. Mitre box ini pun order dekat Shopee. Dapat sekali dengan gergaji.
Mitre Box dapatkan di sini: https://shope.ee/9UUwBRq9yh
Cara Penggunaan:
Gunakan gam ini untuk lekatkan wainscoting tersebut pada dinding.
Keadaan wainscoting PVC tersebut selepas dilekatkan. Semasa nak tunggu gam itu kering, kena support PVC tersebut dengan menggunakan tape.
Hal ini disebabkan oleh hukum graviti akan membuatkannya menjadi senget dan nak jatuh. Apabila sudah kering, sealantkan di sekeliling kotak-kotak itu supaya lebih kemas.
Pemasangan wainscoting pada bahagian corner dan berlipat. Abaikan dinding bercapuk itu kerana ia akan dicat semula nanti.
Inilah hasilnya setelah wainscoting selesai dipasang.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.