Deco Simple Dapur Rumah Sewa Lama Guna Wallpaper 3D

6,890 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rumah sewa adalah rumah sementara yang dihuni disebabkan oleh masih kurang berkemampuan untuk membeli rumah sendiri atau salah satu sebab lain adalah rumah baru yang dibina masih belum siap.

Jadi, sementara tinggal di rumah sewa, pasti kita mahukan rumah sewa tersebut kelihatan cantik dan menarik. Itulah yang dilakukan oleh penyewa rumah ini iaitu Mohd Izwan Mohd Tarmiji. Beliau telah berjaya mencantikkan dapur rumah sewa lama hanya dengan menggunakan wallpaper 3D sahaja.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang menarik ini.

Ubahsuai Dapur Rumah Sewa Lama Guna Wallpaper 3D

Assalamuaikum.

Ubahsuai rumah sewa lama. Kita ini bukan dari darah tukang-tukang ini. Janji ada drill. Macam-macam idea datang. Tapi sayang tak sampai 3 bulan sudah pindah rumah lain.

Walau bagaimana pun ini adalah hasil pertama deco guna 3D wallpaper memang cun dan cantik sangat.

Keadaan pada bahagian dapur rumah sewa lama ini sebelum diubahsuai.

deco dapur rumah sewa
deco dapur rumah sewa

Proses pemasangan mula dilakukan dengan menampal wallpaper 3D persis tiles pada bahagian atas kabinet dan pintu kabinet.

deco dapur rumah sewa

Keadaan ruang dapur rumah sewa ini selepas proses ubahsuai. Dengan menerapkan wallpaper jenis ini, sedikit sebanyak dapat menjadikan bahagian dapur rumah sewa lebih kelihatan menarik.

deco dapur rumah sewa

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencari idea untuk ubahsuai dapur rumah sewa masing-masing.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down