Cara Drill Mozek Yang Betul Mengelakkan Daripada Pecah

64,778 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pada zaman moden ini,  kebanyakan rumah menggunakan tiles ataupun mozek sebagai cara untuk menghias ruangan dapur mereka. Sudah pasti anda pasti akan menggunakan drill untuk membuat rak dapur, kabinet, plug ataupun sebagainya.

Walaupun ia senang untuk dibersihkan namun sekiranya anda salah cara dalam penggunaan drill, sudah pasti jubin tersebut akan pecah ataupun rosak. Agak sayang sekiranya jubin itu pecah kerana boleh mencacatkan keserian di ruangan dapur anda.

Buat anda yang tak tahu, sebenarnya ada cara drill betul bagi mengelakkan daripada mozek daripada pecah. Menurut perkongsian daripada Alel Sharifuddin, hanya beberapa step saja yang diperlukan dan tidak memakan masa yang lama pun.

Jom kita ikuti perkongsian daripada beliau

Lelaki Ini Ajar Cara Drill Mozek Yang Betul Untuk Mengelakkan Ia Daripada Pecah

Tiles subway ni special sebab permukaan dia licin sangat. Cara ni memang sangat berkesan untuk tile yang permukaannya licin. Moga bermanfaat.

Langkah Untuk Drill Tiles Yang Betul

Langkah 1

Gunakan tukul dan paku 'sedikit' sahaja di kawasan yg telah ditanda. Tujuannya untuk memberikan laluan kepada mata drill. Kalau terus gunakan mata drill, pasti akan licin/mata tergelincir.

Langkah 2

Gunakan mata drill tiles. Saya beli di hardware dengan harga RM12.

cara drill mozek

Langkah 3

Gunakan mode drill dan jangan gunakan mode 'HAMMER'. Itu yang menyebabkan tiles pecah. Mata drill tadi hujungnya sudah tajam jadi tidak perlu tolak mesin kuat-kuat. Layannn je sambil dia buat lubang atas tile. 

cara drill mozek

Langkah 4

Lepas tile dah berlubang cantik,,pakai mata drill tebuk dinding pulak. Kenapa kena tukar?? Sebab nak jaga mata drill tile. Boleh je nak guna mata drill tu tapi nanti hujungnya tumpul.

cara drill mozek

Langkah 5

Ok, lepas dah ada lubang, dah tukar mata, barulah boleh tukar kepada mode HAMMER. Tekan perlahan-lahan juga.

Haaaa. Ini hasilnya iaitu kemas dan tak sompek/pecahkan tile

cara drill mozek
cara drill mozek

Anda boleh ikuti step di atas sekiranya ingin membuat rak yang baru. Ternyata hasilnya sangat kemas dan tiada kesan tile yang pecah okayy.

cara drill mozek

Kredit : Alel Sharifuddin

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down