Kelebihan Penggunaan CCTV Xiaomi Imilab, Memang Berbaloi Untuk Dimiliki

164 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Penggunaan CCTV pada kawasan luar dan dalaman rumah cukup membantu kita dalam memastikan rumah sentiasa berada di dalam keadaan yang selamat.

Hal ini kerana, sejak kebelakangan ini, banyak kes jenayah yang kerap berlaku di rumah sendiri, tidak kira sama ada dari orang yang kita kenal atau perompak yang berniat untuk memecah masuk rumah kita.

Dengan adanya CCTV, iya cukup berguna untuk dijadikan bukti jika berlakunya insiden-insiden yang tidak di ingini seperti di atas. Namun, terdapat banyak lagi kelebihan lain yang cukup berguna untuk memudahkan kerja seharian kita jika kita tidak ada di rumah.

Bagi mengetahui berbaloi atau tidak pemasangan CCTV di rumah, boleh teruskan bacaan dengan lebih lanjut di bawah ini.

Kelebihan Penggunaan CCTV Xiaomi Imilab

Pengalaman guna CCTV camera yang paling mudah dan tak pening untuk setup oleh semua golongan. Paling berguna kalau dekat rumah ada pasang wifi Unifi/Maxis atau apa-apa line wifi.

Kelebihan CCTV dari Xiaomi:

CCTV dari jenama Xiaomi sememangnya dibekalan dengan kualiti gambar cantik disebab spesifikasi produk ini adalah 2K dan bukannya 1080p. Jadi, paparannya sangat jelas dan boleh diletakkan di mana-mana sahaja sama ada di dalam rumah untuk pantau anak-anak, luar rumah dan pada bahagian garaj pun boleh.

Kelebihan Penggunaan CCTV Xiaomi Imilab, Memang Berbaloi Untuk Dimiliki

Cara Pasang:

Cara pemasangannya tidaklah begitu rumit dan pening kepala. Cukup senang untuk setup kerana ia sudah dibekalkan dengan manual yang cukup mesra pengguna. Hanya letak sahaja dekat plug dan terus on. Wayar yang dibekalkan panjangnya 2 meter lebih.

Apps Setup:

Nak setup di dalam apps juga cukup senang hanya guna apps Xiaomi yang boleh dimuat turun secara percuma di platform Google Play dan Apple Store. CCTV jenama ini cukup disarankan khas buat golongan wanita yang ingin pasang sendiri di rumah demi keselamatan diri tidak kira sama ada wanita bujang atau sudah mempunyai anak.

Dalam satu apps boleh letak 7-8 CCTV mengikut ruangan dan boleh namakan sahaja mengikut nama yang kita suka. Contohnya garaj, belakang rumah, ruang tamu dan lain-lain ruang. Jika mahu dengar apa yang anak-anak sedang bercakap pun boleh, on speaker dan boleh dengar apa yang dibualkan.

CCTV jenama Xiaomi ini juga memiliki fungsi menarik iaitu, boleh mengakses real time atau secara langsung. Selain itu, apps Xiaomi ini juga boleh dipasang atau dimuat turun di dalam telefon sendiri, suami dan anak-anak.

CCTV jenama Xiaomi dibekalkan dua pilihan sama ada mahu guna SD Card ataupun sekadar melihat secara live sahaja. Melalui CCTV model ini, ia boleh dipusing ke kiri dan ke kanan untuk melihat keadaan sekeliling dan boleh juga cakap. Jadi, orang akan dengar. Apa yang penting adalah setup dan sambungkan dengan Unifi atau Maxis wifi.

Jadi, ini adalah antara model CCTV yang dicadangkan dan cukup sesuai untuk orang perempuan guna. Hal ini kerana, ianya cukup mudah untuk di setup dan dipasang. Kalau mengikut harga yang ditawarkan sekitar bawah RM300, ianya memang cukup berbaloi untuk dimiliki kerana paparannya cukup jelas.

Kelebihan Penggunaan CCTV Xiaomi Imilab, Memang Berbaloi Untuk Dimiliki

Itu sahaja perkongsian review dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya dapat membantu pembaca di luar sana untuk membuat pilihan yang bijak dalam memberi CCTV demi keselamatan anak-anak dan keadaan luar dan dalam rumah.

Kredit: Ben Safwan

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down