Penghasilan dekorasi pada ruang makan jenis terhad sudah pasti membuatkan kita bingung dalam memikirkan idea apa yang bersesuaian.
Seperti kita tahu, ruang makan adalah ruang yang jarang digunakan berbanding dari ruang lain. Ia hanya digunakan pada waktu tertentu sahaja.
Seperti yang dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Prang Sulong. Beliau telah berkongsi cara hasilkan dekorasi pada ruang makan dengan konsep sendiri yang cukup menarik.
Jika mahu mengetahui dengan lebih lanjut, jom teruskan bacaan di bawah ini.
DIY pemasangan wainscoting, grand mirror dan wallpaper dekat ruang makan.
Ada nampak orang post projek DIY pasang wainscoting. Jadi, kita pun nak kongsikan juga la.
Tempoh siap: 2 minggu
Kos bahan:
Jadi, kos keseluruhan adalah sebanyak RM532.50
Langkah 1:
Cat dahulu bahagian bawah yang ingin dipasang wainscoting.
Langkah 2:
Setelah cat kering, pasang wainscoting PVC mengikut gaya yang mahu dilakukan.
Langkah 3:
Setelah wainscoting selesai dipasang, proses seterusnya pula adalah dengan melakukan pemasangan wallpaper pada bahagian dinding atas pula.
Cermin wainscoting mula dipasang.
Gambar sebelum dan selepas ruang makan ini diubahsuai.
Untuk pengetahuan, keluasan 3 dinding kediaman rumah ini kalau dicampur dan ditolak anggaran lebih kurang lebar 35 kaki x tinggi 9 kaki. Isteri suruh buat dekat ruang tamu pula lepas ini.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.