Cara Mudah Atasi Masalah Kesan Berminyak Pada Bilah Kipas Sukar Hilang Jadikan Berkilat Seperti Baru Semula

818 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap kali nak cuci bilah kipas siling, kadangkala memang rasa nak give-up je semasa nak sental kesan berminyak pada hujung bilah itu. Susah giler nak tanggal.

Namun, terdapat satu cara yang cukup mudah dan berkesan dengan hanya menggunakan satu produk dari jenama Ganso sahaja.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh wanita ini yang bernama Farah Afendy. Beliau telah berjaya menghilangkan kesan melekat berminyak pada hujung bilah kipas dan membuatkan ianya kelihatan seperti baru.

Jadi, bagi mengetahui caranya dengan lebih lanjut, boleh teruskan bacaan di bawah ini.

Cara Mudah Atasi Masalah Kesan Berminyak Pada Bilah Kipas

Kalau sesiapa ada masalah dengan bilah kipas yang ada stain berminyak tak nak hilang tu boleh cuba cara macam ni. Kipas berkilat macam kipas baru.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Berus lama (Guna berus botol anak yang sudah tidak guna)
  • Kitchen cleaner Ganso, kasih basah beli dekat kedai Eco. Dekat Shopee pun ada jual: https://shope.ee/qDwYMU2W8
  • Air.

Kalau perasan, pada hujung bilah kipas itu ada stain hitam susah nak hilang kesan melekat berminyak.

Cara Mudah Atasi Masalah Kesan Berminyak Pada Bilah Kipas Sukar Hilang Jadikan Berkilat Seperti Baru Semula

Kena tonyoh kuat-kuat barulah boleh hilang tapi tetap ada stain.

Cara Mudah Atasi Masalah Kesan Berminyak Pada Bilah Kipas Sukar Hilang Jadikan Berkilat Seperti Baru Semula

Semburkan kitchen cleaner Ganso pada bilah-bilah dan biarkan sekejap supaya stain melarut.

Cara Mudah Atasi Masalah Kesan Berminyak Pada Bilah Kipas Sukar Hilang Jadikan Berkilat Seperti Baru Semula

Tonyoh dengan lemah lembut menggunakan berus.

Cara Mudah Atasi Masalah Kesan Berminyak Pada Bilah Kipas Sukar Hilang Jadikan Berkilat Seperti Baru Semula

Lap dengan kain lembab. Kemudian tengoklah hasilnya, bersih seperti baru.

Cara Mudah Atasi Masalah Kesan Berminyak Pada Bilah Kipas Sukar Hilang Jadikan Berkilat Seperti Baru Semula

Gambar penuh kipas ini. Sangat cantik dan cukup bersih seperti dipasang kipas baru.

Cara Mudah Atasi Masalah Kesan Berminyak Pada Bilah Kipas Sukar Hilang Jadikan Berkilat Seperti Baru Semula

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat dan dapat menyelesaikan masalah bilas kipas berminyak seperti ini.

Selamat mencuba.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down