Penghasilan dekorasi dinding yang menarik sering digayakan oleh pemilik rumah dengan menggunakan kayu shiplap. Walaupun pemasangan dinding shiplap lebih jimat jika dilakukan dengan cara DIY, namun masih ada juga golongan yang tidak mampu untuk membelinya oleh kerana bajet yang ada cukup terhad.
Jika kekurangan bajet, terdapat satu lagi cara penghasilan dekorasi dinding berkonsepkan shiplap yang tidak langsung menggunakan kayu shiplap.
Perkara tersebut telah ditunjukkan oleh pemilik rumah ini yang bernama Noor Akma. Walaupun dekorasi yang dihasilkan tidak menggunakan kayu shiplap, namun hasilnya setaraf dinding yang menggunakan kayu shiplap.
Jadi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti perkongsian menarik di bawah ini.
Shiplap guna cat sahaja. Belum selesai sebab kena cari berus lukisan nak cover bekas cat tertanggal.
Bahagian dinding yang ingin dihasilkan dekorasi berkonsepkan shiplap wall pada dinding.
Pada permulaan, ia dilakar dengan menggunakan berus lukisan dan cat hitam.
Proses lakaran selesai dilakukan menyeluruh pada bahagian dinding itu.
Kemudian, di setiap bahagian penjuru garisan tepi yang dihasilkan itu ditampalkan tape.
Selepas itu, catkan dinding itu dengan warna pilihan.
Inilah hasil akhir dekorasi dinding itu setelah selesai dilakukan. Nampak seperti guna kayu shiplap, padahal guna cat sahaja.
Cukup menarik dekorasi yang dihasilkan pada dinding ini. Rasanya setakat itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua pembaca di luar sana.