Ubahsuai Design Pintu Di Rumah Dengan Cara Yang Senang

250 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bercakap mengenai pintu ni ramai dah yang akan anggap pintu ni bukannya sebuah perkara yang penting dalam deko sesebuah rumah. Sebenarnya ia penting juga. Jika diingatkan balik pintu dengan warna yang tak sekata ataupun dalam keadaan yang tidak cantik boleh menjejaskan deko sesuatu rumah.

Sesiapa yang ada masalah pintu sudah berada dalam keadaan uzur ataupun nak ubahsuai pintu rumah bolehlah ikuti cara simple dilakukan oleh Erna Ezaety Baharom ini. Simple dan hasil yang dilakukan juga simple sangat-sangat. Cuma memerlukan 3 bahan sahaja untuk membuat.

Wanita Kongsikan Cara Bagaimana Untuk Ubahsuai Design Pintu Di Rumah Dengan Senang

Assalamualaikum. Nak share hasil ubah pintu2 bilik. Rumah dah berusia 40 tahun, saya beli rumah 2nd hand je. Lama dah sakit mata tengok pintu tak seragam. Nak tukar 3 pintu makan modal besar juga.

Nak mengumpul tak tahu bila lastly husband dapat idea, cuma tampal playwood untuk bagi pintu rata and batang kayu sebagai wainscoting pintu. Dekat gambar saya ada terang kan sikit.

Pintu Lama Diubahsuai Menjadi Pintu Design Baru

Inilah dia gambaran ringkas antara pintu yang lama dan juga pintu baharu. Dua-dua pintu memang dah lama dah tapi baru ada rajin nak ubahsuai pintu.

Ubahsuai Design Pintu

Cara untuk ubahsuai sedikit design pintu ini adalah pada awalnya adalah dengan ambilkan papan plywood dan juga kayu pine. Letakkan kayu plywood dan pine sekali agar terbentuk macam design kat bawah ni.

Lekatkan kayu pine menggunakan paku. Pastikan kemas dan tiada ruang antara kayu pine dan juga kayu plywood. Dah settle semua bolehlah catkan pintu anda mengikut warna kegemaran. Macam saya catkan warna putih sebab nampak simple.

Untuk pintu yang lain juga guna cara yang sama. Lagipun nak bagi nampak sekata barulah cun.

Ubahsuai Design Pintu

Hasil akhir selepas melakukan diy ini. Rasa berubah terus keadaan rumah selepas ubahsuai design pintu ini. Tak apelah tak dapat beli pintu baru pun yang penting puas hati selepas membuatnya.

Ubahsuai Design Pintu

Kredit : Erna Ezaety Baharom

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down