Cara Hias Ruang Tamu Kecil Guna Cermin Dan Kayu

4,834 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap orang memiliki kelebihan tersendiri dalam melakukan dekorasi rumah mengikut konsep dan gaya mengikut pilihan hati. Lain orang lain cara dekorasinya. Akan tetapi, tidak semua orang pandai dalam melakukan kerja-kerja DIY sebegini, ada juga yang cuba untuk melakukannya tetapi hasilnya agak tidak memuaskan.

Namun, perkara tersebut tidak menjadi masalah buat pasangan suami isteri ini yang bernama Nurul Ain Wawa. Selain menunjukkan hasil DIY yang berjaya dilakukan, mereka juga berkongsi cara hias ruang tamu kecil rumah tersebut.

Jadi, jom sama-sama kita lihat di bawah ini.

Cara Hias Ruang Tamu Kecil

Hasil dekorasi sepenuhnya dari suami. Alhamdulillah pada mulanya kami pindah ke sini, semua kosong.

Akhirnya, rumah kecilku ini dan hasil projek diy dinding shiplap di setiap ceruk dinding. Suami deko dengan pelbagai design dengan kreativitinya tersendiri.

Code cat : Jotun 8118.

Cermin : IKEA saiz 30 x 30

Keadaan ruang tamu sebelum diubahsuai.

Cara Hias Ruang Tamu Kecil
Cara Hias Ruang Tamu Kecil

Keadaan ruang tamu setelah selesai diubahsuai. Konsep yang dihasilkan cukup cantik dan menarik. Jika mengikut perancangannya, memang mereka ingin tinggikan langsir tersebut. Namun, peralatan tidak mencukupi dan drill biasa tidak dapat menembusi dinding yang boleh dikatakan agak keras.

Cara Hias Ruang Tamu Kecil

Untuk rak tv pula dibeli dari penjual online sahaja. Harganya sekitar RM800. Jam dinding itu dibeli di Valoobuy. Kos keseluruhan yang dikeluarkan untuk membeli kayu shiplap ini dalam lingkungan RM400 sahaja. Kayu shiplap boleh beli di Shopee.

Cara Hias Ruang Tamu Kecil

Ramai yang bertanya, jenis cat apakah yang digunakan. Kod cat yang digunakan adalah Jotun Majestic T. Beauty Sheen (New).

Cara Hias Ruang Tamu Kecil

Cermin yang digunakan pada bahagian dinding itu dibeli dari IKEA. Kayu wainscoting tersebut dipotong mengikut saiz cermin tersebut. Saiz cermin ini adalah 30x30.

Cara Hias Ruang Tamu Kecil

Pandangan dari kawasan sudut ruang tamu.

Cara Hias Ruang Tamu Kecil

Kesimpulannya, kesemua susun atur perabot dan warna cat memang cukup cantik dan kemas. Cukup kreatif hasil yang dilakukan oleh pemilik rumah ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down