Setiap orang memiliki kelebihan tersendiri dalam melakukan dekorasi rumah mengikut konsep dan gaya yang diinginkan. Lain orang lain cara dekorasinya. Tetapi, tidak semua orang pandai dalam melakukan kerja-kerja DIY sebegini, ada juga yang cuba untuk melakukannya tetapi hasilnya agak tidak memuaskan. Namun, itu tidak menjadi masalah pada pasangan suami isteri ini yang bernama Nurul Ain Wawa. Mereka mahu kongsikan cara hias ruang tamu kecil rumah mereka yang menggunakan cermin dan kayu shiplap sahaja.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang menarik ini.
Â
Hasil dekorasi sepenuhnya dari suami. Alhamdulillah pada mulanya kami pindah ke sini, semua kosong.
Akhirnya, rumah kecilku ini dan hasil projek diy dinding shiplap di setiap ceruk dinding. Suami deko dengan pelbagai design dengan kreativitinya tersendiri.Code cat : Jotun 8118
Cermin : IKEA saiz 30 x 30
Â
Keadaan ruang tamu sebelum diubahsuai.
Pandangan lain ruang tamu rumah.
Keadaan ruang tamu setelah selesai diubahsuai. Konsep yang dihasilkan cukup cantik dan menarik. Jika mengikut perancangannya, memang mereka ingin tinggikan langsir tersebut, Tetapi peralatan tidak mencukupi dan drill biasa tidak dapat menembusi dinding yang boleh dikatakan agak keras.
Untuk rak tv pula dibeli dari penjual online sahaja. Harganya sekitar RM800. Jam dinding itu dibeli di valoobuy. Kos keseluruhan yang dikeluarkan untuk membeli kayu shiplap ini adalah dalam lingkungan RM400 sahaja. Kayu shiplap boleh beli di Shopee.
Ramai yang bertanya, jenis cat apakah yang digunakan, kod cat yang digunakan adalah Jotun Majestic T. Beauty Sheen (New)
Cermin yang digunakan untuk pada bahagian dinding itu dibeli dari IKEA. Kayu wainscoting tersebut dipotong mengikut saiz cermin tersebut. Saiz cermin ini adalah 30x30.
Pandangan dari kawasan sudut ruang tamu.
Kesimpulannya, Kesemua susun atur perabot dan warna cat memang cukup cantik dan kemas. Cukup kreatif hasil yang dilakukan oleh pemilik rumah ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Kredit: Nurul Ain Wawa