Ubahsuai Kawasan Hadapan Rumah Guna Kayu Shiplap

27,502 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Dekorasi rumah dengan menggunakan kayu shiplap sudah tidak dapat disangkal lagi kecantikkan dan keunikannya apabila dipasang pada bahagian dinding rumah.

Hal ini kerana, selain dari kelihatan menarik, ia juga membuatkan rumah tersebut tampak lebih ke arah gaya barat kerana konsep dekorasi seperti ini sememangnya datang dari negara British.

Itulah yang dilakukan oleh suami kepada wanita ini yang bernama Yanti Suhaini Ibrahim AiniAmin. Suaminya secara seorang diri sahaja berjaya menghasilkan ubahsuai kawasan hadapan rumahnya itu dengan menggunakan kayu shiplap sahaja.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti dengan lebih lanjut proses-proses dan kerja ubahsuai dengan lebih lanjut di bawah ini.

Ubahsuai Kawasan Hadapan Rumah Berkonsepkan Shiplap

Assalamualaikum.

Kali pertama upload di sini deko shiplap saya dengan bantuan ahli keluarga. Harap bermanfaat.

Barang-barang nak buat boleh beli sini: 

Bahagian hadapan rumah sebelum diubahsuai.

Ubahsuai Hadapan Rumah

Proses-proses menampal kayu shiplap mula dilakukan.

Ubahsuai Hadapan Rumah

Kayu shiplap tersebut selesai dipasang. Proses seterusnya pula adalah dengan mengecat kawasan dinding tersebut.

Ubahsuai Kawasan Hadapan Rumah

Kerja-kerja mengecat sudah hampir siap dilakukan.

Ubahsuai Hadapan Rumah

Bahagian hadapan rumah setelah selesai diubahsuai. Sangat cantik hasilnya. Kelihatan sangat mewah.

Ubahsuai Kawasan Hadapan Rumah
Ubahsuai Hadapan Rumah

Keadaan bahagian hadapan rumah pada waktu malam.

Ubahsuai Hadapan Rumah

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana mencari idea untuk melakukan projek DIY yang cantik dan kelihatan mewah seperti ini.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down