Cara Hiasi Bahagian Dapur Tanpa Membazir Ruang Tabletop

770 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Dapur adalah sebahagian daripada bilik yang digunakan untuk memasak dan penyediaan makanan di kediaman. Bagi para ibu, dapur ibarat sebagai jantung untuk sesebuah rumah. Sebagai ruang penting dalam sesebuah rumah, dapur berhak untuk kelihatan cantik.

Ketika memikirkan idea untuk menghias dapur, pastinya anda pernah berasa agak risau untuk menggunakan aksesori tambahan di  dapur kerana memiliki ruangan yang agak terhad. Jadi risau lagi! Jom baca artikel Giler Deco ini untuk ketahui cara hias dapur tanpa membazir ruang countertop dapur anda.

Cara Hiasi Bahagian Dapur Yang Betul Tanpa Membazirkan Ruang Tabletop Yang Ada

Dengan tambahan aksesori kecil mampu untuk membuatkan dapur rumah anda  kelihatan lebih menarik dan ceria.

Kitchen Island dengan permukaan putih sebagai pemisah antara ruang di samping untuk mengekalkan konsep dapur terbuka. Untuk menceriakan lagi ruangan dapur kesayangan anda, pelbagai warna menarik boleh digunakan dan anda perlu bijak untuk letaknya di tempat yang sesuai.

Sebagai contoh, kerusi warna kuning yang menjadi warna penarik bersebelahan dengan karpet berwarna-warni. Gabungan warna putih dan kuning telah menaikkan seri dapur ini. Simple tapi menarik bukan?

Cara Hiasi Bahagian Dapur

Suasana dapur kelihatan lebih unik apabila periuk berwarna biru diletakkan di atas dapur gas kitchen island ini. Memang sesuai dipadankan begitu!

Periuk biru juga kelihtan padan dengan kerusi kuning dan almari pantri di belakang kitchen island itu. Gabungan warna yang mudah, segar dan mencerahkan ruang di samping membuatkan dapur nampak lapang dan ceria.

Warna solid juga mampu menghiasi dapur kontemporari ini. Pasu yang diletakkan berhampiran dengan sudut tingkap ini membuatkan dekorasi jenis ini tampak lebih hebat dan lebih rilek.

Cara Hiasi Bahagian Dapur

Karpet yang mempunyai gabungan warna biru-kelabu dan sedikit unsur warna kuning ini menghasilkan kombinasi warna yang sangat sesuai dan  kelihatan menarik.

Tips untuk memilih warna permaidani adalah anda boleh memilih permaidani yang berwarna lembut untuk memberikan impak yang menyejukkan mata anda.

Sinki putih dipadankan dengan paip yang cantik dan moden. Pada masa yang sama ia dapat membuatkan ruangan dapur anda kelihatan bersih, kemas dan juga cantik.

Peralatan dapur yang digunakan juga sering menjadi sebahagian daripada hiasan dapur. Pembakar roti dan pengisar diletakkan di atas countertop. Ini adalah kedudukan yang kemas dengan backsplash, menjaga ruang sekitar countertop dan sedia digunakan apabila perlu.

Cara Hiasi Bahagian Dapur

Kredit : Homedit.com

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down