Idea Penstoran Dapur Dikongsikan Agar Nampak Kemas

1,649 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Dapur anda nampak berselerak, tidak kemas dan tidak teratur sampai rasa sakit kepala? Haaaaa, jangan ambil panadol kalau tetiba sakit kepala sebaliknya kena tahu cara atau[un idea penstoran dapur yang cantik dikongsikan oleh sis Hani Mynis ini.

Beliau berkongsikan tips dan juga idea ini didalam facebook beliau daripada awal sampai akhir. Untuk idea penstoran dapur ini bukan sahaja untuk dapur nampak kemas namun mampu menaikkan lagi seri dapur dirumah anda. Tetamu yang datang pun komfirm akan terpukau melihatnya.

Jom kita tengok apa dia rahsia tips dan idea penstoran dapur yang dikongsikan oleh beliau ini. Harap-harap dapat dilakukan unntuk semua dapur diluar sana.

Idea Penstoran Dapur Yang Dikongsikan Oleh Sis Ini Mampu Menaikkan Lagi Seri Dapur Di Rumah

Seperti dijanjikan, hani kongsi idea penstoran di dapur "baru" hani.

Sebenarnya dari segi penstoran dapur hani tak banyak berbeza dari yang sebelum ni sebab hani tumpukan makeover kepada bahagian luaran sahaja hehe. So boleh nampak kebanyakan bekas2 penstoran masih lagi berwarna hijau sebab mengikut tema dapur yang lepas.

Tapi saje lah hani nak kongsi lagi sekali idea penstoran dapur hani yang hampir 90% datangnya dari kedai Eco. Kalau ikutkan tema dapur hani yang baru ini ialah industrial /modern farmhouse.

Tapi sebenarnya tema dapur hani ni ialah cantik luar kena cantik juga di dalam hahaha taklah, lebih nya kepada tema setiap barang kena ada rumahnya. Setiap susun atur dan letak barang di dalam dapur hani ni hani pastikan praktikal dan ada tujuannya supaya hani dapat urus dan gunakan dapur dengan mudah dan sistematik. Kalau cantik itu bonus, yang penting, kemas.

Tips Dan Idea Penstoran Dapur Mampu Mencantikkan Dapur Anda

Dapur hani yang saiz nya agak terhad hanya boleh memuatkan dua - tiga orang satu-satu masa. Alhamdulillah selesa dengan dapur saiz begini. Mudah di kemas, mudah diurus, mudah dibersihkan. 

Setiap kedudukan perabot dan peralatan elektrik (terutamanya peti ais dan mesin basuh) hani pastikan praktikal dengan ruang terhad yang ada.

Idea Penstoran Dapur

Dalam angan2 hani, untuk di dapur baru nanti hani impikan kabinet dua tona (dua warna) utk di bahagian dapur. Makanya, Inilah kabinet dapur hani yang hani beri nafas baru menggunakan wallpaper sahaja. 

Ini lah ruangan dekor yang ada di dapur #hanimasak2. Semuanya untuk menonjolkan ciri-ciri industrial farmhouse.

Antara hiasan para kegemaran di rumah hani. Hani gunakan floating shelf yang dibeli di Shopee. Hani beli 2 set. Setiap set mempunyai 3 para dengan kepanjangan berbeza. 

Lampu LED di tampal di bahagian bawah para. Lampu berkuasa bateri ni hani beli dr Eco dan MR. DIY.

Inilah sisi dapur yang kerap digunakan. Disebabkan ruang dapur yang terhad, hani terpaksa letakkan mesin basuh bersebelahan dengan dapur gas masak.

Idea Penstoran Dapur

Kabinet dapur yang hani tampalkan dengan wallpaper. Hani tak guna cat pun kecuali bahagian pemegang kabinet. Hani spray paint gold sahaja. Untuk wallpaper di dinding, hani guna wallpaper subway tile juga dibeli di Shopee. Untuk wallpaper border "kayu" hani guna kan wallpaper bercorak kayu yang hani beli di Mr. DIY.

Idea Penstoran Dapur

Memandangkan hani ialah right-hand person, makanya lebih praktikal utk hani letakkan oil tray di sebelah kanan dapur gas. Semua kelengkapan asas memasak seperti garam, serbuk kunyit, ajinamoto, minyak masak dan perkakas memasak hani letakkan disini. Lebih mudah untuk dicapai.

Ini ialah "coffee station" di dapur hani. Apa sahaja aktviti membuat air perlu berlaku di sini sahaja.

Kabinet ni hani tampalkan wallpaper putih di bahagian atas dan wallpaper hitam di bahagian bawah untuk wujudkan design kabinet dua tona/warna.

Idea Penstoran Dapur

Gambar susun atur di bahagian dalam kabinet coffee station. Hani simpan semua stok berkaitan air seperti stok gula, kopi, teh, susu tin dan sebagainya disini.

Untuk susun atur pod-pod Aristo pula hani letakkan dalam laci kecil ni. Hani beli di Shopee saja. Hani suka laci begini sebab tambah ruang penstoran utk hani letak mesin Aristo di atasnya.

Sisi lain dapur hani berhadapan dengan sisi tadi. Sisi ini hani tempatkan peti ais, pressure cooker, rice cooker dan gadjet dapur lain seperti blender.

Ramai juga yang concern takut peti ais hani ni tak boleh dibuka pintunya hehe. Jangan risau memang ngam-ngam soi orang cakap. Hani ukur dulu masa nak beli peti ais supaya dapat gunakan ruang dengan berkesan tanpa membazir seinci ruang pun.

Inilah dia tempat letaknya pressure cooker, rice cooker dan lain-lain gadget dapur hani. Dalam kabinet ni hani simpan juga gadget lain seperti food processor, weighing scale, smart tools dan lain-lain.

Di sisi peti ais hani "tampal" kan rak kecil utk hani letakkan tisu dapur. Rak ni menggunakan magnet sahaja. Dan magnet nya sangat kuat. Hani gantung juga kain pengelap di rak ni. Kain ni khas untuk hani lapkan bahagian bawah periuk pressure cooker dan rice cooker.

Pandangan sisi ruangan ni. Hani gunakan idea mak mertua hani iaitu gunakan mop holder yang dibeli di Eco sebagai plug holder. Juga praktikal dan kemas untuk hani.

Ruang sempit di antara peti ais dan dinding juga hani manfaatkan. Hani beli laci ini di Shopee utk hani tempatkan stok-stok barang pembersihan seperti stok sabun, berus gigi, stok pencuci pinggan, stok tisu, berus-berus deep cleaning, stok plastik sampah, stok kain lap, stok tissue dapur dan lain-lain yang berkaitan.

Ini lah side kabinet yang hani beritahu tadi. Hani ukur saiz nya supaya fit perfectly dengan ruang yang ada. Asalnya pintu kabinet ni warna putih, hani tampal juga dengan wallpaper supaya lebih cohesive dengan perabot lain. Tak ade lah nampak mix match sangat.

Gambar susun atur di bahagian dalam kabinet sisi. Ada bakul untuk cili kering, ikan bilis, cuka, minyak dan sos-sos termasuk kicap yang belum dibuka.

Semua bekas penstoran datang nya dari Eco kecuali bekas untuk sos-sos iaitu dari Ninso juga berharga RM2. 10.

Idea Penstoran Dapur
Idea Penstoran Dapur

Di sini lah hani letakkan rempah ratus samada yang dalam bentuk serbuk atau bukan. Bekas-bekas kaca hani beli di Eco. Manakala bekas penutup putih dari Daiso. Bekas-bekas ini bertapak segi empat supaya memaksimakan penggunaan ruang di dalam laci.

Nampak tak gaya orang sayang wallpaper dengan frame backsplash dia cmne? Hahaha sanggup tu pakai aluminium cover.

Ramai yang nak tengok tempat hani simpan tong gas dalam kabinet ni. Ha ini lah dia. Disini juga hani simpan aluminium cover yg hani dah bersihkan tadi. Ini rumahnya.

Di bahagian pintu kabinet hani letakkan sticker berserta pen marker utk hani labelkan Tarikh tukar tong gas.

Dan ini pula ialah almari pantry di dapur hani. Hani tempatkan semua stok makanan kering seperti mihun, mee segera, santan kotak, tepung2, makanan dalam tin dan lain-lain berkaitan.

Idea Penstoran Dapur

Ini bahagian atas almari pantry hani. Dua para di atas hani jadikan sebagai farmasi mini di rumah iaitu khas untuk barang-barang perubatan seperti Ubat-ubatan dan first aid kit. Buku rujukan untuk hal-hal kecemasan juga hani letak disini berbanding letak di rak buku supaya lebih praktikal apabila hendak di rujuk semasa kecemasan berlaku.

2 rak dibawahnya pula khas utk makanan iaitu simpanan tepung-tepung. Dua bakul di bawahnya utk stok makanan yang kerap digunakan/ kerap habis dan lebihan-lebihan stok yang masih dalam packaging.

Ini pula bahagian bawah almari pantry. Semua nya untuk stok makanan. Hani dah pernah kongsi pengurusan almari pantri sebelum ini kalau nak tahu lebih lanjut mengenai cara hani susunatur stok dalam almari ini ya.

Laci di bahagian coffee station ialah hani tempatkan Disposable item seperti straw, getah, plastik, chopstick, pencungkil gigi, dll. Juga hani letakkan kain lap yang bersih yg di lipat dan disusun di dalam bakul.

Ruang di dalam almari di bahagian coffee station pula hani khaskan untuk keperluan tetamu yg datang ke rumah yg jumlahnya tak lebih 10 orang. Sebab bilangan perkakas dalam ni hanya ada untuk 10 set.

10 pinggan, 10 mangkuk, 10 cawan, 10 set sudu dan lain-lain. Dan perkakas ni hani letakkan di dalam bakul supaya jika hendak digunakan boleh keluarkan bakul, basuh perkakas semua dan tos semula di dalam bakul.

Ini ialah susunatur dalam almari kabinet yang hani letakkan dapur gas. Hani simpan segala bahan makanan berkaitan beras, seperti beras, beras pulut, beras beriani, nasi impit di sini.

Juga hani letakkan segala jenis wrappers seperti aluminium foil, plastic wrappers, ziplock bag, baking paper di bahagian pintu almari.

Di sini hani letakkan smart tools atau mini gadget di dapur hani. Hani pecahkan kepada beberapa kategori iaitu peeler, cutter, grater dan lain-lain.

Bakul - bakul hani gunakan sebagai pembahagi dalam laci. Bakul ini hani beli di Eco. Hani gunakan binder clip untuk hani lekatkan label bakul-bakul ni.

Di dalam ni pula hani simpan tipuware yg hani ada tp jarang digunakan.

Gadget dapur yang jarang digunakan seperti food processor, kitchen scale, baking tools juga hani simpan disini.

Ini lah dapur basah hani. 

Sebab hani kalau basuh pinggan, chances utk basah kuyup agak tinggi oleh itu hani lebih selesa sinki berada di sini berbanding di dalam dapur. Lagi pula kedudukan nya tak lah jauh mana. So masih ok dan praktikal juga utk hani.

Utk lantai nya hani lapikkan lantai plastik yg dibeli di Eco. Tapi honest review, kalau pemijak lantai ni tinggi nilai berat nya, sangat2 hani tak galakkan kerana mudah pecah.

Idea Penstoran Dapur
Idea Penstoran Dapur
Idea Penstoran Dapur
Idea Penstoran Dapur

Pandangan depan lebih jelas kot yang menunjukkan mesin basuh berada bersebelahan dengan dapur memasak.

Tapi tak mendatangkan masalah sangat pada hani sebab bila hani memasak mmg menggunakan penghadang Aluminium yg hani beli di Daiso. Sangat berfungsi memandangkan hani sayangg wallpaper subway tile dan frame backsplash hani.

Idea Penstoran Dapur

Kiranya secoet ini sahaja lah "laundry area" hani. Disebabkan atas permukaan mesin basuh ni hani gunakan sebagai kaunter tambahan di dapur, hani letakkan chopping board besar dari Ikea ni untuk melindungi tempered glass pada penutup mesin basuh ni.

Chopping board ni bukannya hani tampalkan terus pada penutup mesin basuh. Ianya boleh diangkat. Kiranya jika hani nak menggunakan mesin basuh, hani kena angkat dulu chopping board dan letak di bawah.

Idea Penstoran Dapur

Kredit : Hani Mynis

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down