9 Cara Mudah Jadikan Ruang Tamu Sempit Kelihatan Luas

642 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Jika mahu menjadikan ruang tamu sempit nampak luas, sudah pasti ada beberapa perkara penting yang perlu diterapkan supaya dapat mengelakkan kediaman kita kelihatan sesak dan sempit.

Jadi, untuk mengetahui beberapa cara mudah untuk menjadikan ruang kediaman terhad kelihatan luas, boleh teruskan bacaan lebih lanjut di bawah ini.

Cara Mudah Jadikan Ruang Tamu Sempit Nampak Luas

1. Memilih warna yang cerah pada dinding dan lantai.

Penggunaan warna gelap memang membuatkan sesuatu ruang itu kelihatan elegan. Namun, ianya hanya sesuai untuk kediaman yang luas dan mewah sahaja. Jika anda hanya tinggal di rumah flat dan rumah kecil, penting untuk menggunakan warna yang terang pada dinding dan lantai.

Ruang Tamu Sempit Kelihatan Luas


2. Jarakkan susunan perabot.

Secara kebiasaannya, jika rumah kita sempit, ramai yang menggunakan konsep tolak sofa dan perabot rapat ke dinding. Sebenarnya cara itu kurang tepat. Dengan melakukan perkara tersebut, ia akan menampakkan lagi ruang rumah itu sempit.

Cara yang paling mudah dan berkesan adalah dengan menjarakkan perabot beberapa centimeter sudah cukup memadai.

Ruang Tamu Sempit Kelihatan Luas

3. Elakkan terlalu banyak aksesori.

Penggunaan hiasan pada dinding kadangkala boleh membuatkan dinding berserabut dan kurang menarik. Jadi, untuk kediaman yang sempit, pastikan kurangkan penggunaan aksesori pada dinding dan ruang penjuru.

Ruang Tamu Sempit Kelihatan Luas

4.Menggunakan elemen garisan seperti wainscoting.

Kalau kurang berkemampuan untuk memasang wainscoting, hiasan dan corak bergaris pada dinding juga boleh dilakukan dengan menggunakan tape dan cat. Penggunaan garisan pada dinding cukup memainkan peranan penting dalam menjadikan ruang lebih kelihatan luas dan menarik.

9 Cara Mudah Jadikan Ruang Tamu Sempit Kelihatan Luas 6

5. Menggunakan material seperti cermin dan kilauan.

Penggunaan cermin pada kediaman sempit sudah pasti sangat membantu ianya kelihatan lebih luas. Hal ini kerana, kesan pantulan daripada cermin tersebut dapat menghasilkan satu ilusi yang dapat membuatkan mata kita nampak ruang itu luas.

9 Cara Mudah Jadikan Ruang Tamu Sempit Kelihatan Luas 6


6. Sesuaikan penggunaan warna bagi setiap ruang.

Maksud penggunaan warna yang sesuai adalah gabungan antara 2 hingga 3 warna yang mampu mencipta suasana rumah dengan warna matching yang akan membuatkan kediaman lebih kelihatan menarik.

Jika kediaman menggunakan lebih dari 3 warna, ia akan menjadikan ruang kurang menarik dan agak berserabut.

9 Cara Mudah Jadikan Ruang Tamu Sempit Kelihatan Luas 6


7. Pemilihan warna carpet yang harmoni.

Nak tahu contoh penggunaan karpet harmoni? Boleh lihat gambar di bawah ini.

Ruang Tamu Sempit Kelihatan Luas

8. Menggunakan perabot yang mempunyai kaki dibawahnya.

Penggunaan perabot berkaki cukup membantu kerana konsep perabot berkaki adalah untuk mengoptimumkan ruang.

Penggunaan perabot berkaki dapat menghasilkan satu kesan fizikal yang luas dan menjadikan ruang tamu akan kelihatan lebih luas.

Ruang Tamu Sempit Kelihatan Luas

9. Memilih rekaan warna siling kipas dan lampu yang sesuai mengikut rekaan.

Penggunaan warna putih sangat disarakan kerana ia boleh membantu ruang menjadi lebih luas. Jika guna warna gelap, suasana akan lebih nampak sesak dan sempit.

Ruang Tamu Sempit Kelihatan Luas

Itu sahaja perkongsian tips pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Kredit: Mohd Sazli Cikgu Autocad

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down