Pernah tak anda terfikir bagaimana untuk mencantikkan pintu anda yang lama dan buruk itu tanpa anda perlu menukarnya? Jika pintu masih berfungsi dengan elok mesti sayangkan nak buang. Apabila buang mesti kena tukar dengan pintu yang baharu. Apa kata anda ikuti cara untuk mencantikkan pintu macam yang dilakukan oleh Kolid Kapit Dinde ini.
Beliau ada berkongsikan bagaimana beliau mencantikkan pintu beliau yang lama tanpa perlu mengalih atau membuangnya. Perkongsian tersebut telah dikongsikan didalam grup Facebook Tukang Apa Hari Ini dan mendapat pelbagai reaksi positif. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.
Eksperimen T.A.H.I. Spray tin flat black diy 5.57 sen setin. Dah guna 2 tin pun masih tak cukup. Kene beli dalam 3 tin baru cukup. tapi seeloknya beli 3 untuk dijadikan spare. Jika nak lagi jimat, boleh gunakan cat 5 liter besi flat blackSekian eksperiman dari tukang tahi
Pintu jenis moulded door,kulit nampak macam buat dgn kotak@mdf tapi frame kayu keliling.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan
Kelebihan Spray
Cara-Cara Untuk Mencantikkan Pintu Secara DIY
Pintu ni saya tak gosok guna sand paper sebab pintu ni jenis moulded. Kalau yang bukan jenis solid wood atau veneer wood, perlu undercoat dan gosok sandpaper.
Proses spray pintu ini sedang giat dijalankan.
Setakat ni saya guna setini, baru sampai setakat ni sahaja.
Kalau setakat ni, baru sahaja 2 tin. Nak elok lagi perlu gunakan 3 tin baru oky. Jika anda nak beli 4 pun boleh untuk dijadikan spare jika berlaku apa-apa.
Inilah dia hasilnya selepas habis 3 tin spray untuk mencantikkan pintu rumah saya ini. Senang sangat jer. Daripada membazir buang pintu dan beli pintu baharu, elok buat macam ni.
Sumber : Kolid Kapit Dinde