Kuali ataupun periuk hangus ni sudah semestinya perkara yang tidak boleh dielakkan lagi. Para isteri ni apabila memasak kadang tak teringat akan periuk atau kuali yang berada diatas dapur atas sebab-sebab tertentu. Jika dibiarkan lama sangat komfirm akan hangus dan meninggalkan kerak warna hitam.
Mesti ramai yang tak suka apabila kuali atau periuk dah hangus tambahan pula kalau kuali tu baru saja beli dikedai. Makudacun Ibra ada berkongsikan bagaimana cara untuk hilangkan dan bersihkan periuk hangus akibat terlupa tadi. Jadi, untuk mereka yang dah alami sebegini jangan terus beli yang baru sebaliknya ikuti cara-cara untuk bersihkan periuk hangus ini.
Teman nak share tip yang berguna untuk mak2 kat dapur, biasa kita selalu nampak post2 kes terlupa semasa memasak , almaklum kadang kita ralit pada kerje yang lain atau kadang2 terlena ,atau lebih sedap dipanggil chemo brain mcm aku.
Tau2 ada bau semerbak satu rumah, maka mula la kita panik, sedih, kecewa sebab periuk sudah hitam, tetambah kena periuk yang agak mahal, maka disini teman kongsikan cara bagi periuk tu bersinar kembali, sebenar ada 7 cara tapi yang ini salah satu cara yg pernah teman cuba dan menjadi.
Kita guna bahan yang ada kat dapur saja iaitu menggunakan baking powder atau soda bikarbonat dicampurkan bersama lemon atau cuka. Kalau tak ada soda bikarbonat kita boleh guna baking power sahaja pun dah ok.
Cara-Cara Untuk Hilangkan Kerak Hangus Kuali Dengan Berkesan
Kadang ia akan lekang sendiri dan bila kita sental manja2 dah berkilat semula, so mak2 semua selamat mencuba ye.
Ini dia hasil selepas direndamkan. Periuk stainless steel yang lebih menyerlah.
Kredit : Makudacun Ibra