Cara Membangkitkan Seri Dinding Kosong Guna Kayu MDF

172 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Jika ingin menjadikan kediaman dalaman rumah lebih menarik dan ceria, ada banyak kaedah untuk menaikkan seri dinding.

Antara cara yang sering dilakukan adalah pemasangan wainscoting, dinding shiplap dan dinding accent.

Pemilik rumah ini berkata, pada asalnya beliau merancang untuk hasilkan wainscoting. Setelah diperoleh sebut harga dari seorang kontraktor dinding berkeluasan 270 sqft ini, ianya menelan kos lebih RM3k.

Jika ingin mengikuti penceritaan dalam mencantikkan dinding dalaman rumah ini, boleh teruskan bacaan di bawah.

Cara Membangkitkan Seri Dinding Kosong Melalui Proses DIY

Keluasan dinding 30ft x 9 ft : 270 sqft

Kos:

  1. Kayu shiplap: 65cm x 3 inci x 40 keping. 39cm x 3 inci x 86 keping = RM350.
  2. Xbond Adhesive Glue: RM12.90 x 4 botol =RM51.60.
  3. Glue gun = RM12.
  4. Xtraseal filler gap silicone: RM7 x 2 = RM14.
  5. Undercoat cat brand Hong Kong 7 liter =RM75.
  6. Cat Jotun Edelweiss Cover Plus 5 liter: RM128

Kos keseluruhan: RM630.60

Disinilah bermulanya penceritaan ini:

Beliau berkata,

Menyedari sedikit bakat pertukangan yang saya miliki, isteri pun berkata,

"Sayang rasa baik abang buat sendiri. Sayang rasa abang boleh buat."

Kata-kata isteri bagaikan azimat. Beliau mula google design wainscoting. Beberapa ketika beliau perasan wainscoting terlalu common.

Wainscoting cantik dan masih valid namun terlalu common. Beliau cuba mencari design atau kotak-kotak wainscoting yang agak rare tapi kesemuanya hampir sama.

Beberapa hari juga mencari, akhirnya beliau jumpa design ini. Tidak pasti namanya apa. Tetapi, ia berasaskan kayu shiplap. Design shiplap yang common pula ialah yang disusun secara berdiri (vertical) mewujudkan garisan-garisan dari sengangan antara kayu shiplap tersebut. Design shiplap vertical itupun cantik.

Setelah berbincang, isteri beliau bersetuju dengan design kotak-kotak ini (Namanya tidak dapat dikenal pasti).

Cara Membangkitkan Seri Dinding Kosong Guna Kayu MDF

Beliau mula cari kayu MDF ini di Shopee namun saiz yang ditawarkan adalah standard sama ada 1, 2 atau 3 kaki.

Cara Membangkitkan Seri Dinding Kosong Guna Kayu MDF

Jika hendak dicantumkan akan melambatkan kerja dan perlu dipotong pula untuk disesuaikan cantuman dengan saiz dinding. Leceh dan renyah. Akhirnya beliau jumpa sebuah kedai di Kulim yang boleh custom pelbagai saiz panjang kayu MDF ini.

Cara Membangkitkan Seri Dinding Kosong Guna Kayu MDF

Tinggi dan lebar dinding di agak berapa kotak yang sesuai agar tak nampak terlalu kecil yang menjadikannya terlalu complicated atau terlalu besar yang mengurangkan keindahan seninya.

Cara Membangkitkan Seri Dinding Kosong Guna Kayu MDF

Tinggi dinding 260 cm atau 8 kaki lebih. Jika custom panjang saiz 260 cm tentu kerja lebih cepat siap. Tetapi, masalah transport pula. Jadi beliau decide untuk request 130 cm. Tinggi dinding ini perlu dicantum 2 kayu MDF bersaiz 130 cm Jadi setiap kotak ini berukuran 65 cm x 39 cm.

Cara Membangkitkan Seri Dinding Kosong Guna Kayu MDF

Kerja-kerja melekatkan kayu shiplap ini mengambil masa hampir 2 hari. Cuti Sabtu dan Ahad dimanfaatkan sepenuhnya.

Cara Membangkitkan Seri Dinding Kosong Guna Kayu MDF

Dua hari kerja ini termasuklah kerja-kerja finishing menutup gap yang wujud antara kayu MDF dan dinding. Usai terawih pula dilakukan kerja-kerja mengecat undercoat dan cat finishing. Isteri saya banyak membantu cat undercoat.

Cara Membangkitkan Seri Dinding Kosong Guna Kayu MDF

Setelah bertungkus lumus selama 2 hari. Penat ternyata berbaloi dengan hasil. Dalam gambar kelihatan seperti dalam sebuah studio fotografi.

Cara Membangkitkan Seri Dinding Kosong Guna Kayu MDF
Cara Membangkitkan Seri Dinding Kosong Guna Kayu MDF

Dinding yang kosong akhirnya naik seri. Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Kredit: Mansur Romli

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down