Projek DIY adalah satu aktiviti yang sering dilakukan oleh orang ramai pada masa kini. Tidak semua orang diberi kelebihan dalam bidang pertukangan ini.
Jika anda salah seorang yang dikurniakan kelebihan itu, manfaatkanlah dengan sepenuhnya. Itulah yang dilakukan oleh seorang suami ini yang bernama Mohd Khairizan Reduan demi memenuhi keinginan isterinya. Beliau telah menunjukkan cara mudah DIY almari tudung dengan guna kayu pine.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini.
Kita buatkan untuk isteri almari tudung dia. Termotivasi dari posting member dalam group ini juga. Mohon dihalalkan.
Alhamdulillah. Siap dah almari tudung Ummi Yusuf. Tiru-tiru projek orang. Nak buat sliding tak pandai. Buat cara biasa sahaja. Janji berfungsi dengan baik. Material kayu pine & OSB board. Mudahan tahan lama la.
Cara-Cara :
Ini adalah OSB board siap potong di kedai. Saiz almari dibuat panjang 30"x lebar 12" / 1 kaki x tinggi 72" / 6 kaki.
Setelah selesai dicat. Barulah bawa ke atas untuk dipasang. Boleh tahan beratnya.
Pada bahagian pintu ini, beliau letakkan frame supaya ianya lebih berseri.
Kemudian, sapu varnish ala.
Siap untuk dipasang pada body.
Proses pemasangan dilakukan.
Pada bahagian bawah, ia diletakkan roda. Senang untuk dialihkan nanti.
Bahagian body siap dipasang.
Disebabkan pintu ini agak berat, jadi terpaksa ikat body pada dinding guna L bracket.
Kemudian, tebuk lubang untuk sangkut rod kayu.
Beliau memilih untuk guna rod jenis kayu sebab rod besi/aluminium agak mahal.
Saiz rod ini kecil sikit dari kayu penyapu.
Balut rod guna wallpaper foil sebab malas nak cat.
Setelah selesai dibalut, beginilah hasilnya.
Selesai pasang susunan rod di belakang. Akan dibuat 2 layer sebab tudung banyak.
Handle selesai dipasang.
Belakang ada 15 rod. Muat lebih kurang 90 tudung.
Varnish clear gloss yang digunakan. Link Shopee : https://shope.ee/2KwXzDggoS
Ini untuk pemasangan rod hadapan.
Ada 13 rod, muat lebih kurang 52 tudung.
Pandangan depan.
Pandangan dari sisi tepi. Nampak nipis je. Lebar 1 kaki dan tinggi 6 kaki.
Keadaan almari selepas dipasang layer kedua.
InshaaAllah boleh muat 142 tudung.
Hinge yang digunakan. Semoga ianya tahan lama.
Almari tanpa tudung.
Tudung mula diletakkan.
Pada bahagian depan sesuai letak tudung ringan-ringan sahaja.
Pada bahagian layer depan tudung selesai diletakkan.
Bahagian belakang juga mula diletakkan tudung.
Proses meletakkan tudung selesai dilakukan.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua pembaca Giler Deco diluar sana.