Penggunaan langsir pada bahagian dalaman rumah sangat penting bagi menjadikannya lebih menarik dan ceria. Tanpa adanya langsir, rumah akan kelihatan suram dan kelihatan seperti ada benda yang tidak lengkap.
Kadangkala, ada sesetengah pemilik rumah tidak berpuas hati dengan pemasangan langsir yang dihasilkan oleh kerana tidak mengikut bentuk dan alur yang kita mahu.
Namun, perkongsian dari pemilik rumah ini yang bernama Puteri Katak sangat menarik. Beliau juga sempat berkongsi cara penghasilan langsir yang boleh dikatakan sangat mudah.
Jado, jom ikuti perkongsian ini dengan lebih lanjut di bawah ini.
Sejak tahu kedai ECO ada jual paip pvc, aktif sungguh jadinya, semua langsir nak gantung guna pvc sahaja.
No nail or screw needed.
Barang-barang yang digunakan:
Cara Melakukannya :
Kikis dinding tersebut guna scrapper sehingga warna simen bertukar jadi kelabu.
Meaning base paling bawah sekali. Sebelum kikis, ukur dahulu ikut bentuk 4 segi base hook. Takut nanti terlebih kikis.
Buka lapisan sticker plastic dekat hook. Ada pelekat yang sudah siap dekat lapisan itu.
Letak silicon V-tech dekat base hook yang ada pelekat tadi.
Kemudian, tampalkan pada dinding tersebut.
Syarat untuk melakukannya agak keras sedikit. Kalau tidak dipatuhi, nanti berkemungkinan PVC tersebut akan jatuh. Syaratnya perlu tunggu 24 jam baru boleh gantung.
Proses pemasangan langsir mula dilakukan setelah selesai melekatkan paip PVC tersebut.
Inilah hasilnya setelah langsir selesai dipasang.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.