DIY Grand Mirror Bajet Bermodalkan RM100 Sahaja

6,691 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Seperti yang dimaklumkan bahawa jika melakukan sebuah grand mirror pada bahagian rumah ini tidak kisahlah ianya diy bajet atau pun upah orang pastinya akan kelihatan cantik. Untuk grand mirror yang mewah ini memerlukan sebuah cermin kuali tinggi dan juga kemasan yang cantik hasil upahan orang.

Namun, jika anda tidak ingin megupah orang dan keluarkan modal yang mahal. Anda boleh melakukan DIY grand mirror secara sendiri di rumah.

Modal? Usah perlu risau kerana melalui sebuah DIY grand mirror yang dilakukan oleh sis Zaza ini, modal diperlukan hanyalah RM100 sahaja.

Jadi, anda boleh membaca apa bahan-bahan yang diperlukan untuk melakukan grand mirror bajet ini. Hasil akhir juga akan ditunjukkan pada akhir artikel ini untuk anda jadikan ianya sebagai inspirasi.

Projek DIY Grand Mirror Bajet Untuk Ruang Tamu Bermodalkan RM100 Sahaja

DIY  GRAND MIRROR bermodalkan RM100 sahaja tak termasuk cat sebab itu lebihan cat ruang tamu sebelum nie.

Cermin yang digunakan adalah cermin kedai MR DIY RM5.30 seunit. Ambil masa dalam 2 hari untuk siap grand mirror.

Selamat mencuba.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Lakukan Grand Mirror

Cermin beli di MR DIY RM5.30

Cat jotun majestic, lebihan cat ruang tamu.

Cara Untuk Melakukan DIY Grand Mirror Bajet Ini

Langkah pertama ukur dan design dulu sebelum sketch di dinding.

DIY Grand Mirror Bajet

Apabila semua sudah di design dan di lakar. Teruskan proses penampalan kayu. Besar petak 44cm×44cm.

DIY Grand Mirror Bajet

Tanggalkan cermin dari frame tersebut macam gambar di atas.

Tampal frame cermin menggunakan gam kayu X-BOND. Yang warna coklat pekat pakai wood filler untuk rapatkan kayu.

DIY Grand Mirror Bajet

Selesai mengecat frame dan kayu. Pakai double side tape untuk tampal cermin(warna putih).

DIY Grand Mirror Bajet

Tadaa dah siap sudah diy grand mirror bajet ini. Okaylah walaupun buat simple-simple jer dari tak ada. Ini adalah pandangan dari side tepi.

DIY Grand Mirror Bajet

Ini pula adalah pandangan dari side depan.

Sungguh cantik dan kreatif. Jimat pula tu! Tak perlu nak upah orang lain, DIY je sendiri.

Semoga perkongsian pada kali ini dapat memberikan inspirasi kepada anda semua untuk DIY grand mirror.

Sumber : Sis Zaza

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down