Cara Mudah Untuk Hilangkan Kesan Conteng Dinding Guna 3 Bahan

141 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Dinding selalu diconteng oleh anak-anak tetapi pening dan keliru macam mana nak selesaikan masalah dinding rumah anda yang kotor itu. Jangan risau, Giler Deco akan kongsikan cara yang mudah untuk menghilangkan kesan conteng pada dinding rumah anda.

Anda hanya memerlukan 3 bahan ini saja untuk menghilangkan kesan conteng dinding dirumah anda. 3 Bahan itu ialah bedak baby, ubat gigi dan juga cuka.

Daripada 3 bahan tersebut, anda hanya perlu ada salah satu daripada 3 bahan sahaja. Jom ikuti perkongsian daripada Norhada Azhar ini untuk cara menghilangkan kesan conteng dinding rumah dengan mudah dan cepat

Hanya 3 Bahan Sahaja Untuk Menghilangkan Kesan Conteng Dinding Dengan Mudah

Anak-anak nie sangat berseni. Makin di larang bagai di suruh. Penghasilan mural yang tiada tolak banding nya. Kreatip amatt.

Meh kakde share DIY mudah hilangkan #MURAL cantik kat dinding. Alahai anak. Membesar lah kamu dengan sihat.

3 Bahan Yang Diperlukan Untuk Hilangkan Kesan Conteng Di Dinding

1. UBAT GIGI

Ubat gigi mampu menanggalkan kotoran jenis crayon serta dakwat pen pada dinding.

Calitkan sedikit ubat gigi pada kain. Kemudian gosok di tempat kotoran pada permukaan dinding. Dan bilas dengan air menggunakan kain yang basah.

Kesan Conteng Dinding

2. CUKA MASAKAN

Kegunaan cuka amat banyak selain digunakan sebagai bahan masakan. untuk bersihkan kotoran dinding menggunakan cuka, tuangkan cuka pada kapas dan sapukan pada kotoran.

3. BEDAK BABY

Bedak juga mengandungi kandungan bahan kimia yang boleh digunakan untuk menaggal kesan kotoran pada dinding.

Caranya sangat mudah, hanya perlu mengusao bedak pada permukaan dinding menggunakan tangan dan lap sahaja menggunakan air bersih

Video Cara Hilangkan Kesan Conteng Pada Dinding

Pada awalnya basahkan kain antara bahan tersebut. Dalam video ni menggunakan ubat gigi.

Kesan Conteng Dinding

Sapukan perlahan-lahan pada permukaan conteng. Boleh nampak kesan conteng tu semakin hilang.

Tadaaa!!! Dah hilangkan? Boleh nampak tak? Jadi korang boleh lakukan proses pada kesan yang lain dan dinding akan kembali bersih.

Kesan Conteng Dinding

Kredit : Norhada Azhar

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down