Cara Untuk Servis Drum Mesin Basuh Dengan Betul

201 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pernah atau tidak apabila kita menggunakan mesin basuh ni kadang-kadang rasa gatal dibadan walaupun baru jer selepas basuh? Itu mungkin salah satu disebabkan drum mesin basuh sudah pun dalam keadaan tidak bersih dan kotor didalamnya.

Jika anda nak tahu jika dilihat dari dalam ia nampak jer bersih tpi drum mesin basuh ini akan kotor pada bahagian luar. Drum yang kotor akan mengakibatkan mesin basuh tidak tahan dengan lama dan baju akan ada masalah kotor yang menyebabkan gatal pada kulit.

Ku Muhammad Zaimm ini ajarkan cara bagaimana untuk membasuh drum ini dengan cara yang simple dan mudah. Boleh dilakukan seorang diri sahaja dirumah kalau ada masa lapang.

Cara Untuk Servis Drum Mesin Basuh Dengan Betul Sekali Dengan Peralatan Yang Lain

Cara² nak service Drum Washing Machine. Alang² tu service Smua part sekali.

Kenapa perlu service?

-Drum Kotor nie bersih luar kat dlm berlumut

-Nak elak gatal pada kulit yg sensetive

-Supaya machine tahan lama

Mula-mula buangkan skru kat tengah tu.

Posing sikit sebelum buang semua part ni.

Drum Mesin Basuh

Lepastu teruskan buka cover atas mesin basuh.

Dah settle buang barulah boleh buangkan satu per satu nut yang ada pada drum tu.

Keluarkan drum mesin basuh tersebut. Sini korang boleh nampak betapa kotornya pada drum tersebut.

Drum Mesin Basuh

Bersihkan drum tersebut dengan menyental menggunakan berus.

Haaaaaa, berkilatkan drum tu macam baru beli jer daripada kedai.

Drum Mesin Basuh

Selain drum mesin basuh, servis water inlet pun kalau ada masa cuci juga agar air selalu bersih daripada kotoran yang melekat didalam tu.

Dah settle pasang balik drum dalam tu. Pastikan ingat caranya macam mana nak pasang. Risau takut kalau nak buang pandai jer, nak pasang balik tak ingat dah.

100% bersih dan lain daripada yang dahulu sebelum ianya dibersihkan.

Drum Mesin Basuh

Woww!! Berkilat drum ni selepas dibersihkan. Tiada dah masalah drum kotor yang menyebabkan baju kelihatan tidak bersih.

Drum Mesin Basuh

Kredit : Ku Muhammad Zaimm

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down