Cara Mudah Pemasangan Water Dispenser

2,012 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pada masa kini, boleh dikatakan setiap rumah memang water dispenser tidak kira jenama apa sekalipun. Penapis air boleh dikatakan merupakan keperluan dan ia tidak hanya diperlukan di rumah sahaja, malah di hospital, restoran dan tempat kerja.

Biasanya, kalau beli penapis air, selalunya akan disekalikan dengan pakej penghantaran dan pemasangan. Upah untuk pemasangan dalam RM50 hingga RM200. Bergantung kepada kemahuan kita, paling simple, upah RM50, tukang akan ambil punca air dari kepala pili sedia ada di sinki dapur kita.

Mengenai perkongsian pada kali ini, beliau memilih untuk membeli water dispenser jenama Aqua Hijjaz dan ambil sendiri di kedai. Tujuan beliau adalah mahu lebih jimat.

Jadi, beliau mahu memasang sendiri di rumah tanpa perlu keluar modal satu sen pun. Aksesori untuk pemasangan memang siap sekali di beri masa kita beli water dispenser tersebut, hanya tunggu nak pasang sahaja.

Jadi, kali ini Giler Deco mahu berkongsi cara mudah pemasangan water dispenser yang cukup ringkas yang dilakukan oleh pemuda ini. Jom kita ikuti di bawah ini

Cara Mudah Pemasangan Water Dispenser

Permulaan, jangan pasang dahulu suis bekalan elektrik. Siapkan dahulu pemasangan punca paip air ke dalam dispenser.

Filter di dalam dispenser mesti kena flush dengan air dahulu sebelum digunakan.

Kalau nak mudah, boleh suruh kedai tolong flushkan sebelum beli dan bawa balik ke rumah. Jadi, dekat rumah kita cuma pasang sahaja punca air ke dalam dispenser.

Langkah-Langkah:

Sebelum bermula, lakukan kerja pemasangan, tutup bekalan air dari meter.

Cara Mudah Pemasangan Water Dispenser

Pasang T-junction (Diberi percuma) pada soket air yang ada di bawah sinki.

Cara Mudah Pemasangan Water Dispenser

Sambungkan paip putih 8mm (Diberi percuma) dengan T-junction tersebut.

Cara Mudah Pemasangan Water Dispenser

Sambungkan dengan seramik filter (Diberi percuma) ikut arah In dan Out.

Cara Mudah Pemasangan Water Dispenser

Sambungkan paip putih kepada water dispenser dibahagian belakang.

Cara Mudah Pemasangan Water Dispenser

Buka bekalan air dari meter, buka pili di T-junction supaya air masuk ke dalam water dispenser.

Tunggu kira-kira 15 minit. Kemudian, test air keluar dari dispenser HOT, NORMAL dan COLD. Jika semuanya keluar air, barulah On suis bekalan elektrik.

Dalam 20 minit kemudian, air dari water dispenser sudah boleh digunakan sempurna semua suhu panas dan sejuk. Selesai.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat membantu pembaca di luar sana dalam memasang sendiri water dispenser di rumah nanti. Semoga bermanfaat.

Kredit: Mohd Sani Soid

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down