Cara Mudah Pasang Langsir Eyelet Pada Tingkap

3,058 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Ini dia perkongsian Noor Hafiza Mohamad menerusi facebook mengenai cara pemasangan langsir eyelet untuk tingkap atau pintu sliding. Dengan bermodalkan kurang RM300 anda sudah boleh tukar langsir baru di rumah anda. Langsir siap digunakan MR DIY ada yang berharga antara RM20-50/pcs. Labuhnya antara 240-260cm. Labuh 240 cm sesuai untuk pintu bilik, manakala labuh 250cm sesuai dan cantik digantung tinggi daripada tingkap dan sliding door. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara mudah pasang langsir eyelet untuk tingkap atau pintu sliding.

Cara Mudah Pasang Langsir Eyelet :

 

Tak perlu reka sendiri rod langsir

 

Dan untuk bahagian rod langsir pula. Kalau dulu orang kata rod langsir jenis kayu harganya mahal, mencecah RM100 sebatang. Jadi ada yang reka sendiri rod langsir mereka dengan material PVC, besi, batang penyapu, batang paip dan sebagainya. Lepastu balut pula dengan wallpaper atau pembalut hadiah.

Rod langsir plastik ada dijual dengan harga yang berpatutan

 

Tapi sekarang tak perlu susah-susah DIY sendiri sebab sekarang rod langsir plastik sudah ada dijual di MR DIY dengan harga yang berpatutan. Begitu juga di IKEA, KAISON, ROMANTIKA dan HOMEPRO. Cuma anda perlu pandai survey harga dan kualiti.

Detail harga

 

• Night curtain (tebal) MR DIY 2-4 pcs x RM50
• Day curtain (nipis/putih) IKEA - 1 pair x RM39
• Rod MR DIY 2 x RM9.70
• Hook IKEA 4 x RM6
• Skru MR DIY

Jadi mudah dan cepat kan? Tak buang masa dan tenaga banyak sangat.

Setakat itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat dan mengatasi masalah anda dalam memasang langsir eyelet. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down