Cara Mudah Pasang Lantai Vinyl Gaya Tulang Ikan Dengan Betul

134,461 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sejak lantai vinyl ini makin menjadi trend, sudah ramai di antara pemilik rumah cuba untuk memasang di rumah masing-masing. Apa yang membuatkan lantai vinyl cukup popular adalah disebabkan oleh coraknya yang cantik dan cara pemasangannya juga tidak begitu sukar.

Perkongsian kali ini adalah dari Net Azr, beliau ingin berkongsi mengenai cara mudah pasang lantai vinyl gaya tulang ikan dengan betul dan ringkas.

Jom kita ikuti cara dan teknik pemasangan lantai vinyl gaya tulang ikan yang mudah dan simple ini.

Cara Mudah Pasang Lantai Vinyl

1. Susun kepingan lantai vinyl itu rapat ke dinding seperti dalam gambar di bawah ini. Dengan menggunakan kaedah ini, kita dapat menjimatkan penggunaan lantai vinyl.

Tambahan lagi, ia lebih memudahkan kita untuk potong vinyl itu kerana susunannya hanya menegak sahaja. Dengan itu, ia akan dapat kurangkan pembaziran.

Link Shopee vinyl floor jika anda berminat untuk membelinya :

  1. Lantai Vinyl: https://shope.ee/8p7jZAtHhA
  2. Gam Vinyl Floor khusus untuk tandas sahaja: https://shope.ee/4pbaw01hL9
  3. Gam Vinyl Floor untuk lantai biasa: https://shope.ee/4ALu8pFsau
Cara Mudah Pasang Lantai Vinyl

2. Sebenarnya, cara di bawah ini pun boleh digunakan. Namun, seeloknya kalau tidak mahu membazir, tidak disarankan menggunakan cara sebegini. Dengan menggunakan cara ini akan menyebabkan menggunaan lantai vinyl lebih banyak.

Ingin tahu kenapa? Sebabnya adalah tepi dinding yang dipasang vinyl itu nanti perlu dipotong senget. Hal ini akan menyebabkan banyak pembaziran vinyl.

Jadi, kaedah ini akan menyebabkan pembaziran bagi yang baru ingin mencuba di rumah. Tetapi, jika ia dilakukan oleh seorang yang profesional, itu tidak mengapa kerana biasanya tukang mahir cukup teliti dalam melakukan pemotongan.

Cara Mudah Pasang Lantai Vinyl

3. Gam yang digunakan adalah gam Dunlop kerana vinyl ini dipasang di bahagian depan rumah. Dengan menggunakan gam Dunlop dapat menjadikan vynil lebih tahan lama kerana gam ini tahan air.

Cara Mudah Pasang Lantai Vinyl

Hasil lantai vinyl yang sudah siap dipasang. Sangat menarik pemasangan yang dilakukan dengan corak lantai yang akan membuatkan rumah bertambah ceria.

Cara Mudah Pasang Lantai Vinyl

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat membantu pembaca di luar sana dalam melakukan pemasangan lantai vynil di rumah.

Selamat mencuba.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down