Cara Mudah Pasang Shiplap Wall Pada Ruang Bawah Tangga

9,290 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Penggunaan dinding shiplap pada bahagian dalaman rumah cukup digemari oleh pemilik rumah pada masa kini. Hal ini kerana, ianya tak begitu sukar dan boleh dilakukan secara DIY tanpa perlu mengupah orang.

Selain itu, ia cukup menjadi kegilaan ramai disebabkan oleh harganya yang tidak begitu mahal dan juga mudah untuk didapati di kedai-kedai hardware berdekatan rumah kita. Jika malas untuk keluar membeli, ianya boleh dipesan secara atas talian melalui platform Shopee dan sebagainya.

Untuk perkongsian pada kali ini, penghasilan dinding shiplap ini dilakukan pada bahagian ruang bawah tangga terlebih dahulu. Sekiranya ingin mengetahui dengan lebih lanjut, jom teruskan bacaaan di bawah ini.

Cara Mudah Pasang Shiplap Wall

Salam kakak-kakak dan abang-abang yang Pro. Bro pun nak cuba deco rumah juga. Okay ke?

Dinding bawah tangga sebelum diubahsuai. Bahagian pintu itu nampak rendah. Untuk menutupnya, boleh beli pintu siap ataupun custom made sebab store bawah tangga beliau juga rendah.

Perancangan seterusnya beliau mahu buat dinding dan pintu, kemudian dideko dengan meletakkan kayu shiplap.

Cara Mudah Pasang Shiplap

Proses-proses pemasangan shiplap sedang dilakukan.

Cara Mudah Pasang Shiplap

Ada yang bertanya, apa fungsi orang tampal selotape di antara shiplap ini?

Jawapannya supaya shiplap tidak turun sebelum gam kering. Biasanya ruang antara shiplap itu akan diletakkan batang aiskrim sebagai gap. Kalau batang aiskrim itu tidak cukup, terpaksa tarik dari gap itu. Jika gam itu tidak kering lagi, shiplap akan bergerak turun. Jadi, selotape itu sebagai fungsi sokongan.

Cara Mudah Pasang Shiplap

Shiplap tersebut dipotong dengan menggunakan gergaji besi mengikut bentuk tangga tersebut. Semakin tebal kayu shiplap, semakin susah proses pemotongannya.

Cara Mudah Pasang Shiplap

Proses mengecat mula dilakukan olehnya.

Cara Mudah Pasang Shiplap

Inilah hasil akhir setelah dinding bawah tangga selesai dipasang.

Cara Mudah Pasang Shiplap

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai cara mudah pasang shiplap wall pada ruang bawah tangga pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Kredit: Miey Cumiey

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down