Projek DIY Membuat "Concrete Paving" Pada Pemukaan Pasir

3,613 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pernah lihat tak sebuah halaman rumah yang dihiasi dengan lantai simen bercorak? Lantai tersebut dipanggil "concrete paving" macam yang dicakapkan oleh アリフ モクタル. Beliau mendapat idea untuk melakukan DIY concrete paving ini untuk mencantikkan lagi pada kawasan hamalan rumah beliau.

Untuk melakukan DIY ini nampak mudah sahaja tetapi ia memerlukan kesabaran yang tinggi. Kerja ini melibatkan simen dan anda perlu bancuhkan simen dan tunggu ia keras untuk teruskan kepada langkah yang lain. Namun, hasil akhir yang dilakukan sangatlah puas hati.

Jadi, jom kita melihat bagaimana DIY ini dilakukan dan apa bahan-bahan yang diperlukan untuk melakukan DIY ini.

Projek Mudah Melakukan DIY Concrete Paving Di Atas Permukaan Pasir Halus

Projek kecil untuk buat concrete paving. Ini adalah projek DIY saja, tanpa pengawasan dari pakar rumput atau pakar landscape

4 Fasa Penting Dalam Melakukan DIY Concrete Paving Ini

  • Fasa 1 : Buat concrete pave guna acuan. Buat atas permukaan pasir halus yang rata. Buat banyak2. Bancuhan 1:3:1 (simen:pasir halus: pasir kasar).
  • Fasa 2 : Aturkan concrete paves secara random dengan jarak minimum 5 inci. Kemudian, penuhkan ruang antara concrete paves dengan pasir. Pastikan setiap concrete paves ditekan dan dimampatkan dengan kuat, dan rata. Gunakan spirit level yg panjang untuk pastikan kesemua concrete paves rata dan level. Pastikan setiap concrete pave tidak bergerak apabila dipijak.
  • Fasa 3 : Biarkan pasir mendap dan stabil untuk seminggu dua, kemudian tambah lagi pasir jika ada gaps yang tidak dipenuhi pasir.
  • Fasa 4 : Tanam rumput Phillipines/Japanese diantara ruang2 concrete paves. Cari rumput yg berkualiti dan tebal. Pastikan rumput + pasir mempunyai stability dan sama rata dengan concrete paves ketika dipijak, kalau tidak, nanti senang terkucil dan terkehel pergelangan kaki. Fasa 4 masih belum berjalan. Rumput sampai baru lah boleh tanam.

Cara Betul Untuk Melakukan DIY Concrete Paving Ini

Fasa membuat concrete paves menggunakan mold.

DIY Concrete Paving

Bancuhan simen utk concrete paves.

Mengisi bancuhan simen ke dalam Acuan Paves.

DIY Concrete Paving

Meratakan permukaan pave.

Sudah kering dan mengeras. Pastikan ianya tidak rapuh atau brittle, dan tidak mudah retak apabila dipijak2.

DIY Concrete Paving

Atur secara automatik rambang dan isi pasir di ruang2 antara concrete paves.

Pastikan concrete paves stabil dan tidak bergerak apabila dipijak2.

DIY Concrete Paving

Kredit : アリフ モクタル

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down