Cara Mudah Untuk Hilangkan Habuk Kulat Pada Rak

80,098 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Siapa disini ada membeli rak kayau atau pun sekarang sedang menggunakan rak kayu dirumah mereka. Pernah atau tidak rak kayu tersebut didatangi oleh beberapat kulat yang tumbuh pada bahagian permukaan rak tersebut?

Perkara ini selalu dihadapi mengenai habuk kulat pada rak-rak di dalam rumah adalah selepas musim hujan. Ini kerana kulat tersebut suka pada tempat yang lembap dan akan tumbuh pada permukaan sebegitu

Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda cara efektif untuk hilangkan habuk kulat yang anda sekarang sedang mengalami. Selepas 2 tahun pun habuk kulat tak muncul dah, tak perlu susah-sudah dah nak lap setiap minggu.

Cara Mudah Untuk Hilangkan Habuk Kulat Pada Rak

cara hilangkan habuk kulat

Selain ulat habuk, kulat ini juga mudah membiak di permukaan perabot murah sebab sifatnya yang mudah menyerap lembapan kerana diperbuat daripada habuk kayu.

Jadi misi kita adalah memikirkan bagaimana supaya udara di dalam ini sentiasa berada dalam keadaan kering.

Menggunakan Silika Gel

cara hilangkan habuk kulat

Oleh itu, kita gunakan gel silika yang selalu terdapat di dalam kotak pembukusan barang dan beg. Konsep macam Thirsty Hippo-lah lebih kurang. Tapi nak kumpul gel ni banyak-banyak makan tahunlah jawabnya.

Cara mudah adalah beli gel timbang kilo di Shopee atau alternatifnya beli kristal kucing di kedai haiwan peliharaan.

Kemudian bungkus masuk dalam bekas dan jangan lupa tebuk lubang agar ia dapat berfungsi dengan baik.

Oh ya, kristal ni boleh dikitar semula kalau nak. Setahun atau dua tahun sekali, korang boleh jemur balik di bawah terik mentari atau salainya atas kuali kat dapur.

Kalau korang beli gel silika yang boleh berubah warna bila kandungan air tinggi, lagi mudah nak nampak.

Bungkus banyak-banyak dan gunalah di tempat yang sepatutnya seperti di dalam rak, perabot, storage box, luggage bag dan sebagainya. Gel silika ni menyerap lembapan di dalam udara. Bukan menyedut air. Haha! Sat lagi korang salah faham pula.

Kalau korang bungkus wayar, dawai besi atau barang dalam plastik dan diletakkan dalam storage box, pastikan letak sekali gel ni dalam plastik tersebut. Sebab udara yang terperangkap dalam plastik tu masih ada lembapan.

So, kalau biar lama-lama nanti jadi stained wayar tu nak kena cuci balik. Kalau tak, sila gunakan plastik yang berlubang supaya pengaliran udara baik dan tak terperangkap dalam plastik.

cara hilangkan habuk kulat

Ni rupanya setelah dua tahun. Masih berkilat macam saya tinggalkan dulu. Habuk-habuk sawang tu adalah sikit. Tapi kehadiran kulat tu langsung tak ada.

Dua tahun lepas lepas bersihkan kulat, saya spray dan lap dulu guna Dettol Disinfectant Spray. Baru saya isi barang dan letak dua kotak gel silika di dalamnya.

Itu sahaja perkongsian saya cara untuk hilangkan habuk kulat dengan berkesan dan berjaya. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda. Semoga bermanfaat semua

Sumber : Bijen Mohd

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down