Cara Pasang Kabinet Dapur IKEA Hasilkan Dry Kitchen Bajet

7,798 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kalau kita lihat bahagian dapur yang menggunakan kabinet jenis IKEA memang kelihatan begitu cantik dan menarik. Namun, penggunaan kabinet dapur jenis IKEA seperti ini sudah pasti perlu diterapkan dengan penjagaan yang cukup rapi kerana ianya mudah rosak pada bahagian atas.

Sejujurnya, ianya mudah kembang jika air dibiarkan diserap masuk ke dalam material top kabinet itu. Untuk menjadikannya tahan lama, ianya boleh dijadikan sebagai dapur kering.

Perkara tersebut telah dilakukan sendiri oleh pemilik rumah ini yang bernama Shahir Rashid. Beliau telah berjaya memasang kabinet dapur itu hanya dengan cara DIY sahaja.

Jadi, jom kita lihat beberapa gambar proses yang dilakukan olehnya.

Cara Pasang Kabinet Dapur IKEA Jadikan Dry Kitchen Bajet

Saja nak review item yang saya pasangkan sendiri sebab nak bajet katakan.

Item saya beli di IKEA dan bawa balik sendiri dengan perodua Axia. Sebelum beli, saya study saiz di showroom IKEA 2-3 kali juga. Study juga ukuran kotak sebab nak bawak balik dengan Axia je.

Dekat bawah ini saya kongsikan gambar saya pasangkan sendiri dan list harga yang saya tuliskan sendiri kot ada orang tanya kos.

Selamat membuat keputusan dengan wife ya semua, untuk nak buat table top simen atau pun beli yang IKEA macam saya.

Cara Pasang Kabinet Dapur IKEA
 Dry Kitchen Bajet

Saiz ukuran menegak untuk dapur ini adalah dua buah kabinet.

 Dry Kitchen Bajet

Fitting paip.

 Dry Kitchen Bajet

Cara pemotongan:

Ukur bagi cun lopak singki itu. Kemudian, potong dengan berhati-hati. Pada permukaan bawah singki itu letak silikon.

Selepas itu, letakkan pemberat di atas singki dan tunggu 48 jam untuk silikon kering, barulah lebih kuat.

Jigsaw boleh beli di sini: https://shope.ee/4fLKsTzz1c

 Dry Kitchen Bajet

Bahagian wayar bawak sinki itu saiznya tidak sama saiz. Ia ada dua jenis, pastikan beli saiz yang dimahukan.

Cara Pasang Kabinet Dapur IKEA

Bahagian dapur selepas diubahsuai. Inilah rumah dry kitchen bajet yang berjaya dihasilkan olehnya.

Cara Pasang Kabinet Dapur IKEA
 Dry Kitchen Bajet
 Dry Kitchen Bajet
 Dry Kitchen Bajet

Bajet bersih yang dikeluarkan bagi menjayakan projek deco ruang dapur ini.

Cara Pasang Kabinet Dapur IKEA

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai projek DIY pemasangan kabinet dapur pada kali ini. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua pembaca di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down