Accent wall sering digayakan pada bahagian dinding bagi menjadikan ruang dinding itu lebih menarik dan nampak ceria. Kebanyakan pemilik rumah lebih memilih untuk melakukan sendiri secara DIY sahaja kerana ianya tidaklah begitu rumit.
Itulah yang dilakukan oleh pemuda ini yang bernama Fazreen Yunus. Di atas permintaan isterinya, beliau telah berjaya menghasilkan dekorasi pada dinding tersebut dengan cukup kreatif dan menarik.
Jadi, jom ikuti dengan lebih lanjut perkongsian yang cukup kreatif ini.
Assalamualaikum. Akhirnya siap juga. Penat tapi berbaloi la orang cakap.
Lama nak siap sebab buat sorang dan tiada kepakaran pun. Cuma kebetulan tengah rajin.
Bahagian dinding yang ingin dihasilkan accent wall itu.
Proses pemasangan mula dilakukan.
Keadaan setelah selesai dipasang. Proses seterusnya pula adalah mengecat dengan warna putih.
Hasil setelah dicat dengan warna putih.
Mula-mula semasa dicat dengan warna putih, sekali tengok rasa macam okey, kadang-kadang macam tak berapa nak okey.
Orang rumahnya pula sudah beli cat dengan warna hijau, terpaksa la cat semula. Lagi 30% nak siap, isteri beliau kata tak ngam pula.
Jadi, sebelum orang rumah mogok nanti, kita sebagai lelaki perlu ikutkan apa yang dimahukan. Risau jugak dapur tak berasap nanti.
Dinding sebelum dipasang lampu.
Suasana dinding ketika dipasang lampu.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi idea dan inspirasi bagi menghasilkan dekorasi seperti ini pada dinding rumah masing-masing. Semoga bermanfaat.