Projek DIY Island Table Hitam Premium Bermodalkan RM500

306 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Siapa sangka bahawa sebuah island table yang memakan kos hampir ribuan ringgit sebenarnya boleh sahaja dilakukan secara DIY sahaja dirumah bermodalkan hanya RM500. Macam tak percaya bukan? Namun, itulah yang dilakukan oleh Faiz Joys dalam membuat sebuah DIY island table berwarna hitam premium.

Bahan yang digunakan untuk membuat DIY ini adalah beberapa keping kayu pine dan juga cat. Hasil akhirnya sememangnya terbaik dan kelihatan premium walaupun bermodalkan hanyalah RM500 sahaja. Jom kita tengok hasil DIY island table yang dilakukan oleh Faiz Joys ini.

Projek DIY Island Table Hitam Premium Di Rumah Menggunakan Bahan Mudah Bermodalkan RM500

DIY ISLAND TABLE

Nekad buat sendiri , nak tempah ikut saiz kita nak kena rm1500. Buat sendiri kos semua dalam rm500, Kos macam mahal sebab papan atas tu saya guna dari meja makan kayu 20mm. Wife pun happy boleh sumbat oven dan microwave.

DIY Membuat Island Table Bermodalkan RM500 Guna Kayu Pine

Inilah dia kayu yang digunakan untuk membuat rangka diy island table ini.

Kayu ketebalan 15mm :-

  • 45cm x 100cm ( 2 keping )
  • 45cm x 90cm ( 1 keping )
  • 45cm x 70cm ( 1 keping )
  • 45cm x 48.5cm ( 2 keping )
  • 45cm x 120cm ( 1 keping )
  • 123cm x 100cm ( 1 keping )

Kayu pine untuk tulang atas bawah

  • 45mm x 15mm (4 kaki ) (2btg)
  • 80mm x 15mm (4 kaki ) (2btg)

Table top 20mm

  • 29inci x 50inci

Proses melakukan rangka table island ini sedang giat dilakukan.

DIY Island Table

Rangka island table yang telah siap dilakukan menggunakan bahan kayu yang disediakan.

Ini pula dah settel memasang kayu pada bahagian belakang ini.

DIY Island Table

Nampak clean sahaja pada bahagian belakang ni.

Jom beralih pula kepada proses mengecat. Untuk bahagian belakang ni catkan dulu layer pertama sebelum ke layer kedua.

DIY Island Table

Ini pula adalah layer kedua. Nak sangat warna hitam sebab warna hitam ini adalah warna premium.

Selebihnya pula catkan juga warna hitam pada bahagian island table sebegini.

DIY Island Table

Akhir sekali letakkan kayu table top 20mm kat atas dan siap akhirnya!!

DIY Island Table

Pandangan island table pada bahagian depan. Dalam tu biarkan jer macam tu sebab nak jimat kos cat. Hehehe.

DIY Island Table

Kredit : Faiz Joys

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down