Sudah pasti ramai yang berpendapat bahawasanya untuk melakukan kerja-kerja DIY tersangatlah rumit dan sukar untuk dilakukan. Ternyata, ianya tidak benar sama sekali.
Hal ini kerana, walaupun kita tidak mahir dalam bidang pertukangan, tidak semestinya ia tidak mampu untuk menghasilkan deco rumah yang menarik dengan cara tersendiri.
Perkara tersebut telah dibuktikan oleh pemuda ini yang bernama Aleep FarAh. Beliau telah menghasilkan diamond mirror yang cukup kelihatan menarik dan membuatkan ruang tamu rumahnya lebih ceria dan kelihatan mewah.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti perkongsian cara pemasangan diamond mirror dengan lebih lanjut di bawah ini.
Pasang diamond mirror semudah AB sahaja. Mulakan dengan Bismillah. Apa yang penting perlu ikut step by step pasti akan berjaya.
Alatan dan bahan yang digunakan bagi menghasilkan diamond mirror tersebut.
Cermin lots yang digunakan. Cermin tersebut di beli secara online sahaja.
Sebelum dipasang pada dinding, ia perlu disusun di atas lantai terlebih dahulu supaya cermin yang ingin dipasang itu cukup.
Sebelum cermin dipasang, kita perlu buat frame dahulu. Saiz frame tersebut adalah 6x3 kaki.
Langkah seterusnya pula adalah dengan menyapu gam di seluruh cermin dan tampal tape 3M di penjuru cermin tersebut.
Mulakan tampal cermin dari bawah dan pastikan ia dilekatkan dengan masking tape supaya tidak tertanggal.
Biarkan satu malam sebelum buang masking tape tersebut.
Inilah hasilnya setelah selesai diubahsuai.
Mudah dan menarik bukan cara pemasangan diamond mirror ini. Jadi, boleh la cuba buat sendiri di rumah nanti. Semoga bermanfaat.