Pagar rumah yang kosong tanpa ada panel sudah pasti menyebabkan ianya kelihatan kurang menarik. Jadi, bagi memastikan pagar rumah kelihatan lebih menarik disamping privasi sekeluarga terjaga, apa kata cuba pasang shera plank pada bahagian pagar tersebut.
Itu yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Farith Bengkok. Beliau telah mencantikkan pagar rumahnya dengan memasang shera plank hanya bermodalkan RM123 sahaja.
Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, jom terus ikuti di bawah ini.
Terjebak, modal hangus RM123
Pagar rumah sebelum dipasang shera plank.
Inilah shera plank yang digunakan. Beratnya boleh tahan. Meterial yang digunakan adalah cement fiber. Kalau nak mudah, suruh kedai potong terus.
Harga untuk 1 plank yang berukuran 3 meter ini dalam lingkungan RM17.
Sebelum dipasang pada pagar, pastikan salutkan terlebih dahulu dengan cat undercoat Sea Master.
Selepas undercoat kering, jangan lupa untuk cat sekali lagi. Cat yang beliau gunakan adalah jenama KCC Paint Outdoor White.
Skru yang digunakan.
Shera plank mula dipasang pada pintu. Pasti ramai yang nak tahu bagaimana proses pemasangan shera plank ini. Boleh rujuk gambar di bawah ini.
Caranya adalah sangat mudah. Skrukan terus pada bahagian yang telah dibulatkan di bawah ini. Cuma dekat plank itu perlu drillkan terlebih dahulu buat lubang, takut rosak. Untuk satu papan boleh guna minimum 4 skru.
Gambar lebih dekat skru yang telah dibenam bersama shera plank tersebut.
Siap sudah pemasangan shera plank ini. Boleh tengok hasilnya pada gambar di bawah. Bahagian pintu pagar rumah ini terus nampak menarik dan wow.
Setakat itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.