Cara Buat Gelang Tangan Guna Barangan Terpakai

11,324 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Gelang merupakan hiasan tangan yang sering dipakai oleh golongan wanita dan kanak-kanak perempuan bagi menjadikan penampilan seseorang itu lebih menarik dan menawan.

Masih ramai yang belum mengetahui bahawasanya gelang juga boleh dihasilkan dengan cara DIY sahaja menggunakan barangan terpakai di rumah.

Seperti yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Sabaria Nasiron, beliau telah menghasilkan gelang tangan yang cukup kreatif dan menarik khas buat anaknya.

Jadi, jom kita lihat cara beliau hasilkan DIY dengan lebih lanjut di bawah ini.

Cara Buat Gelang Tangan Guna Barangan Terpakai Cukup Mudah Dan Menarik

Dah lama tak buat gelang ni. Tadi, kemas-kemas jumpa pulak tiub getah. Tu yang terhasilnya gelang. Barang yang lain semua benda yang ada dekat rumah.

Barangan yang digunakan:

  1. Tiub getah.
  2. Kain lama yang licin.
  3. Minyak masak atau minyak rambut safi.
  4. Lidi.
  5. Manik (jika ada).
Cara Buat Gelang

Langkah 1:

Potong halus mengikut saiz tiub itu. Kalau tiub besar, potong kain lebar sedikit.

Cara Buat Gelang

Langkah 2:

Celupkan kain yang sudah dipotong ke dalam minyak. Kemudian, angkat dan jangan terlampau banyak sangat minyak di kain.

Cara Buat Gelang

Langkah 3:

Selepas itu, masukan kain tadi ke dalam tiub dengan menggunakan lidi.

Cara Buat Gelang

Langkah 4:

Potong serong sedikit dan di bahagian bawahnya potong sedikit menegak . Pada bahagian satu lagi, tidak perlu di potong. Ia hanya perlu lipat sedikit pada bahagian dipotong serong tadi dan cantumkan ketat-ketat.

Cara Buat Gelang

Sudah siap. Inilah hasilnya gelang tangan untuk anak-anak. Sangat ringkas dan mudah untuk dilakukan.

Cara Buat Gelang
Cara Buat Gelang

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down