Cara Pemilihan Water Jet Tahan Lasak

6,053 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kerja pembersihan menjadi cukup mudah sekiranya menggunakan water jet, tidak kira di kawasan rumah dan di bahagian divider tepi jalan sekalipun, jika menggunakan waterjet, ia dapat mempercepatkan kerja dan tugasan harian kita.

Penggunaan water jet menjadi viral disebabkan fungsi menarik yang ada padanya. Hal ini disebabkan oleh tekanan air laju yang mampu menanggalkan kotoran dan lumpur yang melekat. Selain itu, ia juga dapat menyental kerak-kerak lama dan kotoran degil yang melekat pada lantai dan dinding.

Sudah pasti anda nak tahu jenis apa water jet patut dibeli mengikut kekerapan penggunaan kita kan? Jadi, boleh teruskan bacaa dengan lebih lanjut di bawah ini.

Cara Pemilihan Water Jet Tahan Lasak Yang Sesuai Mengikut Masa Penggunaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, saja nak kongsi dengan tuan dan puan tentang pemilihan water jet.

Jika pembelian water jet untuk kegunaan lingkungan 10 minit ke bawah, boleh beli yang jenis universal motor. Contoh water jet tersebut boleh lihat gambar 1 di bawah ini.

Cara Pemilihan Waterjet Tahan Lasak
Gambar 1

Jika tuan dan puan nak buat kerja-kerja yang lama lebih dari 2, 3 jam tanpa henti, bolehlah pilih jenis water jet guna induction motor.

Cara Pemilihan Waterjet Tahan Lasak
Gambar 2

Hal ini kerana, induction motor di pasaran pada ketika ini sudah boleh didapati harga yang murah. Contohnya seperti yang dibeli di gambar di atas ini (Gambar 2), brand Enrico jenis induction motor.

Cara Pemilihan Waterjet Tahan Lasak

Di pasaran, jenis induction motor pelbagai harga kita boleh dapat, bermula dari RM200 dan ke atas. Jika dapat lagi murah dari itu, anggaplah rezeki anda.

Cara Pemilihan Waterjet Tahan Lasak

Nasihat yang kita dapat dari perkongsian kali ini, jangan sesekali tersilap beli dan menyebabkan kerugian kerana perlu beli 2 kali waterjet yang berbeza. Perkara tersebut telah dilalui oleh pemuda ini oleh kerana mahu siapkan kerja, beliau terpaksa beli juga buat kali kedua.

Semoga info dan sedikit perkongsian ini bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Kredit: Iskandar Isnin

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down