Cara Pengiraan Bajet Yang Perlu Disediakan Untuk Masuk Rumah Baru

619 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Untuk memiliki rumah sendiri tidaklah semudah yang disangkakan. Terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan sebelum masuk rumah baru dan ianya memerlukan modal lebih jika mahu memiliki kediaman yang selesa untuk dihuni.

Kebanyakan mereka yang membeli rumah baru adalah anak-anak muda yang tak boleh dijangka gaji mereka tinggi untuk mempunyai segedebuk terus wang yang besar, lebih-lebih lagi kalau hanya kerja makan gaji.

Jadi, kita bahagikan keperluan ini mengikut kategori dan berdasarkan rumah apartment, kondo bersaiz 850 kaki persegi. Harga yang disertakan ialah harga berpatutan. Mungkin ada sesetengah kes boleh dapat murah sedikit dan ada juga boleh dapat mahal sedikit. Ianya mengikut material dan spesifikasi barang tersebut.

Jadi, jom kita buat kira-kira terlebih dahulu.

Cara Pengiraan Bajet Sekiranya Ingin Masuk Rumah Baru

Lepas banyak jumpa kes orang nak masuk rumah baru tapi terkejut dengan bajet permulaan untuk masuk rumah, jadi saya ambil keputusan untuk berkongsi serba sedikit info yang saya ada.

1. Safety: Grill.

  • Memang sangat diperlukan untuk semua tingkap, sliding door, entrance door, yard. Bajet lebih kurang RM3800

2. Wiring.

  • Beli lampu dan Kipas serta kos pemasangannya.

Cara Pengiraan dan Anggaran:

  1. 1 kipas siling: RM200.
  2. 1 lampu downlight: RM15.
  3. Kos pemasangan 1 kipas: RM40.
  4. 1 downlight: RM25.

5 point kipas dengan cangkuk dan point lampu sebanyak 22. Jadi, kipas: (RM200 + RM40) x 5 = RM1,200.

Lampu downlight: (RM15 + RM25) x 22 = RM880 .

Kos keseluruhan = RM2,080.

Cara Pengiraan Bajet Yang Perlu Disediakan Untuk Masuk Rumah Baru
P/S

Kipas siling putih yang macam rumah lama itu dalam RM160 boleh dapat.

3. Built in furniture: Kitchen Cabinet, Wardrobe, TV Console.

A) Untuk kitchen cabinet antara RM6K sehingga RM10K.

  • Itu sudah dikira okay kalau boleh dapat full set dengan accessories bergantung pada material dan brand accessories yang kita nak.
  • Accessories itu termasuk water tap, sink, hob dan hood, hanging di shrack. Ini jenis yang linear, dengan table top jenis HPL, solid surface atau Quartz. Kalau berangan nak L shape, bar table, island, sila letak bajet yang tinggi sedikit.

Pengeluaran bajet: RM10K

B) Wardrobe.

  • Ini terpulang kepada pemilik rumah untuk pakai almari beli di kedai perabot atau di tempat lain. Kalau nak yang berbaloi boleh beli jenis built in. Ianya lebih kemas, tinggi boleh sampai siling dan tak trap dust di ruang atas. Banyak barang boleh dimuatkan termasuk luggage.

Kos yang dikeluaran:

  • Master bedroom: RM4,500
  • Bedroom 2: RM2,000
  • Bedroom 3: RM2,000

Kos keseluruhan = RM8.5K

C) TV Console.

  • Sama juga, kalau tidak mahu built in, boleh beli dekat IKEA di mana tempat sahaja. Cuma TV Console jenis built in, kita boleh customize design dan material. Design simple boleh dapat dalam RM1,500.

Anggaran dalam RM1500-3000. Kita ambil kos pertengahan = RM2500

Cara Pengiraan Bajet Yang Perlu Disediakan Untuk Masuk Rumah Baru

4. Tingkap di Yard.

  • Biasanya, orang tutup ruangan terbuka itu dan jadikan dapur basah atau tempat laundry. Jadi setelah dikira sekali dengan anggaran untuk pasang tingkap kaca: RM2000. Setakat ini kos keseluruhan dari item 1-3 sudah mencecah = RM28.88K

Sudah hampir RM30K bukan, tanpa perabot?

Jom kita tengok kos tambahan yang tidak diperlukan sangat. Maksudnya, kalau tak buat pun tidak mengapa. Kalau ada bajet dan rasa nak buat, itu terpulang.

Cara Pengiraan Bajet Yang Perlu Disediakan Untuk Masuk Rumah Baru

5. Lantai Vinyl.

  • Kemasan kayu ada banyak jenis. Cara pemasangannya juga berbeza. Jadi, yang diperkatakan ini adalah vinyl, antara kemasan yang murah dan berbaloi untuk dimiliki. Kalau nak kemasan nampak seperti kayu boleh cuba gunakan lantai seperti ini.

Kos untuk satu rumah, tak termasuk bilik air, sekali skirting = RM5K.

6. Plaster ceiling L-Box dengan lampu T5.

  • Bajet yang diperlukan adalah RM10. Kalau plaster ceiling rata lebih murah. Tapi, kalau nak rata, lebih baik guna sahaja dahulu siling yang ada.

Jadi, kos setakat ini dari nombor 1 hingga 6 sudah menjadi RM43.88K.

Bagaimana pula dengan perabot? Atau kelengkapan lain?

Sebenarnya, kalau rumah tersebut adalah rumah sendiri, ianya cukup berblaoi untuk dilabur. Maksudnya, kualiti yang masih berpatutuan untuk mereka yang mahu mulakan hidup di rumah baru.

Cara Pengiraan Bajet Yang Perlu Disediakan Untuk Masuk Rumah Baru

7. Meja makan 4 seater:

  • RM800.

8.Sofa 3 seater dengan meja depan TV:

  • RM1800 (tak suggest sangat perabot yang ada 3 unit sofa sebab rumah ini tidaklah besar sangat, L shape masih okay. )

9.Set katil Queen bedframe dengan mattress:

  • RM1K.

10.Curtain railing dan curtain:

  • RM1K.
Cara Pengiraan Bajet Yang Perlu Disediakan Untuk Masuk Rumah Baru

Mengikut kos pengiraan dari Nombor 1 - 10 sudah menjadi RM48,480. Breakdown yang disenaraikan tersebut kalau nak diikutkan sudah pasti banyak lagi nak kena beli. Di antaranya adalah kitchen utensils, bed mattress, bantal apa semua, karpet, bilik 2 dan 3 sudah pasti memerlukan katil lagi.

Mengikut dari seorang senior interior designer, beliau merupakan individu yang bersifat telus. Beliau berkata, kalau mahukan khidmatnya. Anggaran nak masuk rumah kalau setingkat (standard apartment/kondo) bermula dari RM50K ke atas. Rumah landed 2 tingkat, anggaran dalam RM100K ke atas.

Ada juga interior design yang mengambil upah mengikut kaki persegi. Contohnya, bermula RM90 per kaki persegi. Jadi, darablah dengan 850 kaki persegi tadi, ada dalam RM76.6K. Jadi, janganlah merungut. Kumpul duit dari sekarang mana yang lagi 2, 3 tahun nak dapat kunci itu.

Untuk yang belum ada rumah, anggaplah ini sedikit info yang bermanfaat. Ada juga pemilik rumah yang sanggup ambil pinjaman peribadi untuk dapatkan interior design idaman. Memang tidak digalakkan untuk berhutang. Cukuplah hutang pinjaman rumah sahaja dan berbelanja mengikut kemampuan diri.

Secara kesimpulannya, ianya terpulang pada diri kira sendiri sama ada nak buat semua sendiri atau nak upah kontraktor. Kelemahan buat sendiri adalah kebarangkalian ditipu itu sangat tinggi. Lagipun, sanggup ke nak ambil cuti selalu untuk jaga rumah sewaktu pemasangan atau orang wiring tengah buat kerja?

Jadi, pilihan yang bijak adalah dengan mengupah kontraktor yang menguruskan semua benda.

Kredit: Kontraktor Sophie Al-Yahya

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down