Cara Sejukkan Rumah Dengan Menggunakan Aluminium Foil

29,917 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap penghuni rumah ini sudah pastinya menginginkan sebuah rumah dengan suhu yang sejuk, kan? Siapa yang nak duduk di dalam rumah yang panas. Kalau yang berkemampuan boleh beli aircond, kalau yang tidak berkemampuan pula bagaimana?

Selain tahu cara memilih cat ruang tamu yang sejuk, anda boleh ikuti cara alternatif melalui perkongsian daripada Oyeasaar Nordin ini. Beliau telah kongsikan cara untuk sejukkan rumah dengan hanya menggunakan aluminium foil sahaja.

Caranya sangatlah simple dan senang sahaja. Jom kita ikuti perkongsian daripada beliau ini. Confirm rumah akan berasa sejuk dan tidak akan panas lagi.

Cara Sejukkan Rumah Dengan Hanya Menggunakan Alumunium Foil

Dok survey2 cara nk sejukkan rumah sebelum pasang aircond & ventilation fan. Ni 1st step letak aluminum foil (beli kt shoppe). Tapi style rumah lame, bahagian bilik, bawah genting terus siling so tak ade ruang nak masuk macam kebiasaan. Survey ade 3 cara

1-bukak bumbung

2-bukak siling

3-tampal je kt siling.

Tapi semue cara ni tak sesuai. So dok fikir punya fikir last dapat la idea cmne nk buat. Gune pvc pipe. Cam jolok buah mangga. Hahahaha, jolok sampai ke papan manis kt luar. Pastu stapler je. Kene buat pagi2 kalo matahari naik baru buat mau berkicap kt atas tu.

Keadaan bilik masa tghari lebih 40° (anggran sy gune temprecre biase je) memang tak selesa. So skrng suhu dah normal suhu bilik, next baru pasang aircond baru la jimat letrik.

Suhu Rumah Sebelum Meletakkan Aluminium Foil

Inilah dia suhu rumah yang asal sebelum projek meletakkan aluminium pada dinding rumah. Memang semuanya rata-rata mencecah 40 darjah selsius keatas. Panas sangat tu.

Cara Sejukkan Rumah

Kesemua bahagian ini tiada lubang angin untuk angin keluar. Semuanya tertutup.

Cara Sejukkan Rumah

Ni saya beli segulung aluminium foil untuk melakukan projek ini. Beli banyak tak apa sebab yang lebih boleh simpan.

Cara Sejukkan Rumah

Potong-potong dulu.

Masukkan diantara celah-celah bahagian bawah bumbung ini. Kalau ada ruang jer, letakkan.

Cara Sejukkan Rumah

Suhu Rumah Selepas Meletakkan Aluminium Foil

Alhamdulillah, selepas melakukan cara letakkan aluminium, boleh nampak dah suhu dah turun. Terasa sejuk sikit berbanding sebelum meletakkan aluminium foil.

Cara Sejukkan Rumah

Kesimpulannya, aluminium foil adalah bahan yang boleh menyerap haba dan dapat mengurangkan suhu panas di dalam rumah. Sangat jimat dan anda boleh memasangnya sendiri di rumah.

Semoga bermanfaat!

Kredit : Oyeasaari Nordin

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down