Cara Troubleshooting Plugpoint Mesin Basuh Tiada Elektrik

212 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Boleh dikatakan sangat ramai pemilik rumah mempunyai masalah yang sama iaitu plugpoint tidak berfungsi dan tidak boleh digunakan kerana arus elektrik tidak mengalir dengan sempurna.

Sebenarnya, penyelesaian bagi masalah ini adalah simple sahaja dan boleh buat sendiri. Kalau panggil orang, paling tidak, sudah pasti kena upah dengan nilai RM10 hingga 20 ke atas.

Disebabkan perkara ini isu kecil, kadang-kadang tukang pun malas nak buat kerja simple seperti ini disebabkan tidak berbaloi masa dan tenaga untuk datang. Lainlah kalau suruh buat wiring satu rumah, baru berbaloi datang.

Memang agak renyah kalau difikirkan balik jika mahu mengupah orang. Jadi, jalan terbaik adalah dengan lakukan sendiri sahaja. Bagi mengetahui bagaimana cara yang perlu dilakukan, boleh teruskan bacaan dengan lebih lanjut di bawah ini.

Cara Troubleshooting Plugpoint Tiada Arus Elektrik

Saya baru pindah rumah sewa, saya check plugpoint mesin basuh ini tak ada elektrik.

Rupanya simple sahaja boleh baiki sendiri test pakai test pen sahaja. Beli test pen dekat kedai baru RM2.

Saya dulu belajar electrical engineering. Tetapi tak pernah buat sendiri hands on. Apabila rumah sudah rosak, ini peluang untuk buat sendiri belajar dari group tukang dan Google sahaja.

Berikut Adalah Cara Troubleshooting Plugpoint:

  1. Matikan suis DB rumah untuk keselamatan.
  2. Buka cover plug.
  3. Check wiring pastikan betul kesemuanya wayar bumi, hidup, dan Neutral.
  4. Apabila diperiksa, rupanya dia lock screw wayar Neutral X betul pada penebat. Patut mesin tak menyala, litar electric tak lengkap.
  5. Baiki semua wiring.
  6. Pasang semula cover dan hidupkan DB.
  7. Mesin nyala semula.

Perkara yang paling penting adalah safety, pastikan matikan suis DB box dan bagitahu ahli keluarga atau sahabat di rumah sebelum memulakan kerja.

Berikut Adalah Langkah-Langkah Yang Dilakukan:

Plugpoint yang rosak. Ketika di test tak ada arus elektrik.

Cara Troubleshooting Plugpoint Tiada Arus Elektrik

Inspection dan periksa pakai test pen ada arus elektrik pada wayar Live (Biru). Pelik kan?

Cara Troubleshooting Plugpoint Tiada Arus Elektrik

Sebelum memulakan kerja, utamakan keselamatan terlebih dahulu! Matikan suis DB rumah kita.

Cara Troubleshooting Plugpoint Tiada Arus Elektrik

Selepas matikan DB, periksa sekali lagi untuk pastikan arus elektik betul-betul tidak ada. Jangan main-main dengan elektrik tau!

Cara Troubleshooting Plugpoint Tiada Arus Elektrik

Langkah seterusnya, umpil penutup plug.

Cara Troubleshooting Plugpoint Tiada Arus Elektrik

Tanggalkan skru.

Cara Troubleshooting Plugpoint Tiada Arus Elektrik

Inspection dan wiring nampak elok dan sudah betul.

Cara Troubleshooting Plugpoint Tiada Arus Elektrik

Kemudian, periksa lagi sekali. Wayar L (Biru) tadi kita periksa ada arus, jadi okey. Wayar G (Bumi), hijau pun nampak okey. Seterusnya kita periksa wayar Neutral (Hitam).

Cara Troubleshooting Plugpoint Tiada Arus Elektrik

Buka skru.

Cara Troubleshooting Plugpoint Tiada Arus Elektrik

Tukang kontraktor sebelum ini buat kerja tidak teliti. Dia skru pada penebat, memang tak hidup la sebab tak sambung wayar Neutral. Jadi, kita sambungkan semula pada wayar cooper.

Cara Troubleshooting Plugpoint Tiada Arus Elektrik

Pemasangan semula wayar sudah selesai dilakukan.

Pasangkan semula penutup.

Apabila sudah siap pasang penutup, hidupkan semula DB box.

Hasilnya, Alhamdulillah, mesin basuh sudah boleh digunakan semula.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana. Selamat bertukang.

Kredit: Muhammad Faris Abdullah

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down