Cara Untuk Wujudkan Bahagian Laundry Area Yang Cantik

8,780 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Adanya bahagian landry area yang cantik sememangnya impian ramai orang termasuk Nazlies Zainal ini. Beliau teringn sangat nak ada sebuah bahagian laundry area yang cantik namun ruang rumah yang kecil menjadi penghalang pada awalnya.

Kini, beliau tidak mahu ruang kecil tersebut menjadi penghalang. Akhirnya berlaku sebuah perubahan secara besar-besaran pada ruang rumah sewa tersebut. Daripada ruang dapur dipindahkan ke tempat lain dan digantikan dengan bahagian laundry area tersebut.

Tidak lama selepas itu, ruang laundry tersebut akhirnya siap juga dan dikongsikan didalam sebuah grup facebook " Kelab Deco Bajet Malaysia". Ayuh kita melihat deko laundry cantik yang dilakukan ini.

Wanita Ini Kongsikan Cara Untuk Wujudkan Bahagian Laundry Area Cantik Di Rumah Sewa

Bila rumah jenis memanjang , lepastu feeling nak rumah ada Laundry area bagai . So kita trylah wujudkan laundry area tu walaupun kecil janji tertunailah angan-angan tu kan dan dapur kecik seciput boleh muat sorang dalam satu masa, kalau masuk dua org berlaga dah jadinya walaupun kecil tetap nak nampak wow.

Sebenarnya rumah saya ni rumah sewa je , Tapi tak kisahlah sewa ke bukan tetap nak cantik juga. So disebabkan sewa kita pun buat bercampur tema . HAHAHA dari ruang tamu suka rustic . Masuk area laundry tema farmhouse. Masuk dapur nak tema yang glam-glam sikit. Masuk bilik tidur tema taktahu nak habaq nantilah kita share hat lain.

Saya suri rumah so decor kena budget poket je . setiap bulan saya akan beli barang decor bawah rm40 jadinya ambil masa jugalah nak mendecor tu. So saya tak ada gambar keseluruhan rumah buat masa ini ye. HAHAHHAA budget ilekkk.

Tips nak decor rumah sewa ni, buat diy yang bila nanti nak pindah boleh cabut ambil semula tau. So jimat dan boleh gunakan semula dekat rumah lain cuma wlllpaper je takleh ambil baliklah . hahah

Dari Ruang Kecil Rumah Sewa Lama Wujudnya Bahagian Laundry Area

Sebelum masuk rumah ni . Area ni tempat sink . So sink pindahkan ke dapur.

Bahagian Laundry Area

Dulu tempat sink sekarang dah jadi tempat laundry.

Bahagian Laundry Area

Sign laundry diy sendiri je. Penyangkut kayu tu beli dekat bundle RM5. Botol minyak tu dari daiso , saja je beli buat hiasan.

Bekas sabun tu dari ecoshop juga. Sabun ni dah 3 tahun kat sini semak dah dia ni. Daun tu pula dari daiso.

Bahagian Laundry Area
Bahagian Laundry Area

Acah je tampal Laundry Guide kat situ , sebab nak tutup sticker mesin basuh tu je.

Almari fail tu letak pinggan mangkuk , bagai. Jam tu saya diy.

Ni dapur kita, kecil je. Sangat kecil !!! kalau orang yang dapur besar cakap dapur dia kecil tu silalah tunjuk dekat dia dapur kecil yang sebenarnya ni.

Ini pula adalah pandangan depan .Pintu sebelah tu bilik utama kami tidur.

Bahagian Laundry Area

Sink baru beli ni diletakkan pada area dapur. Sink ni duit sendiri bukan tuan rumah so nanti kalau pindah tak ada sink.

So inilah dapur saya yang in love sangat heheh. Kabinet tu second je beli dari orang yang nak pindah dari FB ni dapatlah RM 50.

Bekas beras letak dalam almari je . Sebab tak ada tempat dahh.

Bahagian Laundry Area

Lilin DIY sendiri dari roll wallpper. Papan tray tu dari frame eco dan balut wallpper marble dan pasang knob.

Jam ni asalnya kayu . So, saya tambah guna kotak dan wallpper untuk nampak rustic dan lebih besar.

Bahagian Laundry Area

Disebabkan ruang terhad yang terhad, jadinya paling pratical untuk letak bahan asas dalam masakan macam garam, gula, aji dan lain-lain kita letak dekat atas peti ais tu.

Tak tahulah bagi orang lain susah ke senang tapi bagi saya sangat mudah . Bekas tak cepat kotor dan berminyak kalau taruk sini dan senang juga nak ambik sebab peti ais tak tinggi.

Bahagian Laundry Area

Guna bekas prego je nak buat simpan segala gula, garam bagai . 

Bahagian Laundry Area

Kredit : Nazlies Zainal

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down