Transformasi Bahagian Dapur Rumah Flat Usia 35 Tahun

27,934 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Syoknya kalau di rumah ini ada satu ruangan dimana ruang dapur, tandas dan juga laundry diletakkan pada satu bilik yang sama. Sudah semestinya kerja-kerja dapur serta laundry akan jadi lebih cepat dan mudah.

Lelaki yang bernama Haziq Ammar ini telah kongsikan beberapa gambar hasil transformasi bahagian dapur, laundry dan juga tandas rumah flat beliau. Daripada ruang yang bersepah kini sudah pun nampak cantik dan bersih selepas transformasi dilakukan.

Perkongsian tersebut telah pun dikongsikan didalam sebuah group facebook Kami Suka Deko Deko. Hasil perkongsian tersebut telah menerima reaksi yang positif daripada ahli group tersebut. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.

Transformasi Bahagian Dapur Utama Rumah Flat Yang Berusia Hampir 35 Tahun

Transformasi DAPUR, Tandas & Laundry Area.

Tranformasi paling mencabar kerana rumah jenis flat tersebut telah berusia hampir 35 TAHUN. Luas pula boleh dikatakan berkeluasan agak kecil dan menggunakan bajet yang agak terhad mengikut kemampuan.

Alhamdulillah abam kongsi kan hasil ya.

Boleh skrol untuk lihat BEFORE & AFTER.

SHARING IS CARING

Gambar Sebelum Dan Selepas Ruang Dapur Yang Dilakukan Transformasi

Ini adalah ruangan dapur, tempat laundry dan juga tandas beliau sebelum beliau melakukan transformasi. Banyak barang yang bersepah jika dilihat di dalam gambar ini.

Transformasi Bahagian Dapur
Transformasi Bahagian Dapur
Transformasi Bahagian Dapur

Ini lah hasil transformasi untuk ruangan dapur, laundry dan juga tandas. Transformasi ini juga telah mengubah pemandangan untuk ruangan ini. Dari yang biasa kini menjadi luar biasa.

Transformasi Bahagian Dapur
Transformasi Bahagian Dapur
Transformasi Bahagian Dapur

Beralih pula kepada ruang dan dalaman tandas selepas transformasi ini.

Transformasi Bahagian Dapur

Wow, sangat cantik dan tak sangka beliau boleh mengubahsuai rumah flat seperti rumah banglo yang sangat mewah. Tema hitam putih juga amat mainkan peranan penting dan menjadikan ia nampak minimalis.

Semoga bermanfaat!

Sumber : Haziq Ammar 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down