Dekorasi Ruang Dapur Kecil Bertemakan Warna Putih

10,755 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Siapa disini sangat gemar akan sebuah dekorasi rumah yang bertemakan warna putih? Warna putih merupakan warna yang suci dan mampu membuatkan apa jua ruangan yang kecil akan nampak lebih luas.

Seperti yang dikongsikan oleh Raven Kw ini, beliau tunjukkan sebuah dekorasi ruang dapur beliau yang kosong dan kecil menjadi sebuah dekorasi dapur yang cantik. Untuk warna pula, warna putih menjadi pilihan utama kerana ianya mampu membuat ruangan tersebut nampak cantik dan elegan.

Jadi, jom kita melihat bagaimanakah rupa hasil dekorasi ruang dapur milik Raven Kw ini. Mana tahukan kalau boleh dijadikan sebagai inspirasi untuk anda.

Dekorasi Ruang Dapur Kecil Yang Diberi Sentuhan Warna Bertemakan Warna Putih

Hi, ini ialah dapur saya.

Saya suka warna putih kerana ia kelihatan lebih cerah, bersih dan selesa. Dapur saya kecil, kabinet yang tinggi banyak sesuai, saya boleh menyimpan banyak alat masak, makanan ringgan/tin, dan sembunyikan barang yang saya jarang gunakan.

Idea menyembunyikan rak pinggan di kabinet sangat bagus kerana biasanya rak pinggan selalu tidak kemas.

Dekorasi Bahagian Dapur Ruangan Kecil Yang Cantik Dilakukan

Inilah dia rupa dapur milik raven Kw yang asalnya sebelum apa-apa pengubahsuaian dilakukan. Ruang bahagian ni sangatlah kecil dan sempit jer baginya namun ini tidak menjadi penghalang untuk beliau lakukan dekorasi ruang dapur yang cantik.

Dekorasi Ruang Dapur

Selepas berlakukanya pengubahsuaian dapur ini dilakukan. Inilah dia hasil dekorasi ruangan dapur yang dikongsikan oleh beliau. Dengan memilih penggunaan tema warna putih ini sememangnya sesuai untuk ruangan kecil khas sebegini. Nampak luas dan cantik.

Dekorasi Ruang Dapur
Dekorasi Ruang Dapur

Jam yang comel itu dan dekorasi bentuk hati dapat dari Mr DIY. Lampu burung dan meja dari Taobao, kerusi dan bingkai gambar dari Shopee.

Bayangkan jika tidak ada pintu kabinet, tetapi hanya rak.

Ni tempat saya letak alat masak dan kuali. Rak ni dapat dari IKEA. Sangat bagus dan kukuh untuk apa jua barang yang berat.

Dekorasi Ruang Dapur

Ni tempat stor dan pantry saya, rak dapat dari ikea , tanaman palsu dan bakul putih dari Mr DIY.

Kredit : Raven Kw

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down