Deco rumah berkonsepkan gaya muji ketika ini boleh dikatakan agak kurang dilakukan oleh pemilik rumah. Konsep sebegini kebiasaan cukup digemari oleh pemilik rumah di negara matahari terbit iaitu Jepun.
Namun. di negara kita juga ada pemilik rumah yang meminati konsep sebegini. Beliau adalah seorang wanita yang bernama Nurulnabilah Ramli. Walaupun hanya dengan menggunakan cara bajet sahaja, beliau telah berjaya memberikan nafas baru terhadap kediamannya itu dengan cukup cantik dan kelihatan sangat mewah.
Jadi, jom sama-sama kita lihat keadaan sebelum dan selepas rumah ini diubahsuai.
Deco rumah simple sahaja semuanya untuk keselesaan dan jamu mata sendiri.
 Alhamdulillah, yang penting kita santai-santai mengemas, rehat, makan dan menonton.
Keadaan ruang tamu rumah ini sebelum proses ubahsuai mula dijalankan.
Proses pemasangan wainscoting cermin mula dilakukan.
Frame cermin sudah siap dipasang. Seterusnya adalah proses untuk mengecat pula.
Dinding wainscoting itu di cat dengan warna putih.
Pemasangan cermin mula dilakukan.
Hasil setelah cermin selesai dipasang.
Pada bahagian dinding bawah, batten wall dipasang.
Inilah hasilnya ruang makan setelah selesai dipasang batten wall.
Bahagian ruang tamu ini setelah diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi dan idea untuk mendekorasikan kediaman masing-masing. Semoga bermanfaat.