Cara Mudah Deco Rumah Guna Wainscoting

79 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Nak hasilkan wainscoting pada bahagian dalaman rumah tidaklah begitu sukar tau! Kalau kena dengan caranya memang cukup mudah dan dapat menjimatkan banyak kos.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh wanita ini yang bernama Fieza Abdullah. Beliau telah melakukan projek deco rumah secara DIY sahaja dengan menggunakan barangan dari Shopee.

Jadi, jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut, boleh teruskan bacaan di bawah ini.

Cara Paling Mudah Deco Rumah Guna Wainscoting Dari Shopee

Hari ni fieza nak kongsi cara nak deko rumah dengan wainscoting sebab ramai yang pm fieza tanya macam mana nak buat.

Rumah dari biasa-biasa terus nampak cantik dan mewah kan? Yang mana bosan tak tahu nak buat apa tu boleh la cuba.

Barang boleh order di shopee je. Cara pemasangannya tidak semudah dan tidak sesusah mana pun.

Mula-mula je rasa susah sikit, yang penting kena ada sifat sabar.

Setiap penerangan ada di bawah ye. Fieza juga ada kongsi kedai wainscoting yang fieza beli di Shopee.

Selamat mendeko.

Sediakan peralatan seperti kayu/PVC wainscoting, gam, gap filler, pistol gam, gergaji gigi halus dan pemegang, paper tape, pita ukur, pembaris L, cutter, maker dan penimbang air.

Cara Mudah Deco Rumah Guna Wainscoting

Beliau guna PVC wainscoting (beli di Shopee) size kecil 4cm dan besar 8cm.

Cara Mudah Deco Rumah Guna Wainscoting

Kena plan nak buat design dinding macam mana. Mula-mula ukur tinggi dan lebar dinding yang nak buat wainscoting itu.

Selepas itu kira pada kertas. Setiap kotak atas bawah kiri dan kanan jarakkan dalam 4inci.

Cara Mudah Deco Rumah Guna Wainscoting

Selepas sudah dilukis di atas kertas, lukiskan pula pada dinding. Jadi, ketika nak pasang ia akan lebih mudah sebab adanya ukuran. Semasa proses ini penimbang air sangat penting.

Cara Mudah Deco Rumah Guna Wainscoting

Tanda di setiap kayu untuk memudahkan proses semasa memotong.

Cara Mudah Deco Rumah Guna Wainscoting
Cara Mudah Deco Rumah Guna Wainscoting

Wainscoting PVC ini sangat senang nak potong sebab lembut berbanding dengan kayu. Untuk potong bahagian tengah, boleh guna cut mesin.

Tetapi, untuk potong bahagian tepi atau bucu, boleh guna gergaji kecil untuk elakkan wainscoting rosak. Tanda siap-siap pada kayu wainscoting itu supaya tidak salah potong.

Cara Mudah Deco Rumah Guna Wainscoting
Cara Mudah Deco Rumah Guna Wainscoting
Cara Mudah Deco Rumah Guna Wainscoting

Gamkan wainscoting secara zigzag untuk lebih kuat lekatannya dan terus tampal papertape. Biarkan semalaman.

Cara Mudah Deco Rumah Guna Wainscoting

Langkah seterusnya, tampal terus lekatkan dengan paper tape. Kalau tidak ianya akan bergerak-gerak dan tercabut.

Cara Mudah Deco Rumah Guna Wainscoting
Cara Mudah Deco Rumah Guna Wainscoting

Apabila digam dan betul-betul kering, proses untuk kemasan pula dilakukan. Lebihan gam boleh dikikis guna pisau seperti gambar di bawah.

Senang sahaja dan tidak begitu susah sangat untuk dikikis sebab gam sudah mengeras dan sangat mudah tercabut.

Cara Mudah Deco Rumah Guna Wainscoting

Untuk bahagian tepi atau bucu yang kosong dan ada lubang itu boleh sapu dengan gap filler. Boleh beli dalam bekas atau botol seperti ini.

Guna botol lebih senang dan tangan pun tidak akan comot. Selepas itu sapukan sahaja dengan kain basah dan lubang-lubang itu akan tidak kelihatan.

Cara Mudah Deco Rumah Guna Wainscoting

Beginilah rupa setelah siap. Bolehlah cat dengan warna kesukaan anda.

Cara Mudah Deco Rumah Guna Wainscoting

Projek DIY seterusnya beliau mahu nak buat cermin ini pula.

Cara Mudah Deco Rumah Guna Wainscoting

Wainscoting pada bahagian tangga. Ruang ini memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.

Cara Mudah Deco Rumah Guna Wainscoting

Ruang tamu.

Cara Mudah Deco Rumah Guna Wainscoting

Ini link Shopee yang dibeli jenis PVC wainscoting.

Cara Mudah Deco Rumah Guna Wainscoting
Cara Mudah Deco Rumah Guna Wainscoting

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga projek DIY ini bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Selamat mendeko.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down