Ruang tamu ini agak terhad. Oleh itu, ramai antara kita yang tidak yakin untuk melakukan dekorasi ruang tamu mewah apabila ruang tamu yang mereka miliki agak sempit.
Sebenarnya ruang tamu yang terhad tidak menjadi masalah untuk anda semua hasilkan dekorasi yang mewah dan menarik. Ianya bergantung kepada kreativiti, penggunaan warna, saiz perabot serta bajet anda sendiri.
Jom sama-sama kita saksikan perkongsian dari Nisa Kae Anne tentang dekorasi ruang tamu yang dilakukannya. Walaupun ruangnya terhad tapi beliau mampu hasilkan dekorasi yang gah dan menarik.
Deko rumah dengan cat jotun majestic kod washed linen ni memang menjadikan ruang tamu tampak lebih mewah dan elegan. Tak dinafikan ramai antara kita yang menggemari warna macam ni.
Karpet ni juga dibeli di Shopee. Yang ni kod E6. Selain ruang tamu, karpet ini juga sangat sesuai untuk korang guna pada bilik tidur, ruang makan dan sebagainya.
Bench ni bukan untuk duduk je tau. Ia boleh jimatkan ruang sekali. Korang boleh simpan barang di bahagian dalamnya. Kalau berkenan, beli terus. Kalau habis nanti jangan nangis tepi bucu katil pula ye.
Kepada korang yang berkenan dengan pasu ni. Korang boleh dapatkan di Shopee juga.
Sekian sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai dekorasi ruang tamu mewah hasil dari barangan Shopee. Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada anda untuk melakukan dekorasi. Selamat mendeko!
Kredit: @nisabitbit (Tik Tok)