Deco Rumah Bujang Berkonsepkan Hitam Coklat

770 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Dekorasi rumah dengan menggunakan tona warna hitam dan coklat sangat kelihatan mewah dan premium sekiranya campuran warna yang digunakan itu bersesuaian dengan konsep rumah.

Kadang-kadang pemilik rumah kurang berminat untuk menerapkan tema seperti ini kerana ramai menganggap ianya cukup mempengaruhi keadaan dalaman rumah dan menjadikanya lebih kelihatan sesak dan sempit.

Namun, jika ia dipadankan dengan betul, hasilnya tetap kelihatan luas dan mewah meski menggunakan warna gelap maskulin seperti ini. Itu yang dilakukan oleh pemilik rumah bujang ini yang bernama Dhia Uddin Mohamad Saad. Beliau tanpa segan silu telah melakukan deco rumah bujang berkonsepkan tona warna hitam dan coklat yang cukup nampak begitu premium.

Jadi, kita lihat hasil ubahsuai yang dilakukan ini.

Deco Rumah Bujang Berkonsepkan Tona Warna Hitam Dan Coklat

Akhirnya sudah siap deco rumah bujang dari Cik Din.

Baru-baru ini saya ada minta cadangan berkenaan warna langsir yang sesuai dan terima kasih atas cadangan yang diberikan. Jadi, saya nak kongsi deco rumah yang berkeluasan 1100 sqft ini.

Tema warna adalah Black and Brown.

Keadaan ruang tamu sebelum diubahsuai.

Deco Rumah Bujang

Keadaan ruang tamu setelah selesai diubahsuai. Cukup kelihatan elegan dan begitu mewah.

Deco Rumah Bujang

Keadaan ruang makan selepas diubahsuai.

Deco Rumah Bujang
Deco Rumah Bujang

Ruang menonton tv.

Deco Rumah Bujang
Deco Rumah Bujang

Dekorasi frame dan dinding wainscoting diterapkan pada ruang ini.

Deco Rumah Bujang

Dekorasi pada ruang laluan ke bilik.

Deco Rumah Bujang

Pada ruang ini, ia didekorasikan dengan menggunakan cermin yang agak besar bagi menjadikan ianya kelihatan lebih luas. Konsep yang digunakan adalah Grand Mirror.

Deco Rumah Bujang
Deco Rumah Bujang

Dekorasi pada ruang dinding pemisah sebagai penyeri.

Deco Rumah Bujang

Keadaan bahagian balkoni rumah ini.

Bahagian bilik tidur setelah selesai didekorasi.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya dapat memberikan inspirasi kepada pemilik rumah dalam menghasilkan dekorasi yang cantik dan kelihatan mewah seperti ini.

Selamat mendeko.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down