Pasang French Door Pisahkan Ruang Tamu Dan Dapur

4,371 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Ubahsuai ruang tamu dengan menggunakan wainscoting memang cukup dikenali orang ramai. Tetapi, jarang kita dengar ubahsuai rumah dengan menerapkan konsep French door. French door merupakan konsep dan gaya orang Eropah iaitu gaya yang sering digunakan oleh orang Perancis untuk deco rumah mereka.

Tetapi, gaya ini kini telah mendapat tempat dihati orang luar dari Eropah kerana gaya dan konsep yang digunakan sangat menarik. Itu yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Aneeraz Damha Irmaz. Beliau telah memasang French door untuk pisahkan ruang tamu dan dapur.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini.

Pasang French Door Pisahkan Ruang Tamu Dan Dapur Hasilkan Gaya Rumah Baru

Akhirnya impian untuk pasang French door sebagai pemisah atau divider antara ruang tamu ke dapur menjadi kenyataan.

Alhamdulillah, saya decided untuk guna inspirasi Europe style iaitu French Door concept.

Harap boleh jadi inspirasi kepada pemilik rumah yang lain.

Keadaan ruang tamu dahulu sebelum install pintu pemisah atau divider. Divider ini dihasilkan secara custom made dan kena panggil contractor datang ukur untuk buat dan pasang.

deco rumah

Keadaan selepas French door selesai dipasang. Apabila sudah ada French door ini, aircond yang beliau pasang di ruang tamu pun sudah kembali terasa sejuk sebab sebelum ditutup, aircond beliau akan lari ke belakang sebab open sangat ruang tamu panjang sampai masuk ke dapur.

deco rumah
deco rumah
deco rumah

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi idea untuk mendekorasikan rumah supaya kelihatan cantik dan mewah.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down