Emak mana yang tidak bahagia apabila mempunyai anak yang sanggup buat apa saja demi melihat emaknya bahagia. Kali ini pula adalah beliau merealisasikan impian emaknya untuk ubahsuai rumah di kampung dengan gaya dan konsep baru yang simple. Perkongsian kali ini adalah dari seorang wanita yang bernama Uji Ismail. Perkongsiannya pula adalah mengenai deco rumah kampung "hadiah untuk emak" sempena raya.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang menarik ini.
Hari ke 2 Ramadhan kerja-kerja makeover rumah mak saya di kampung bermulaTingkap nako lama di tukar baru, lantai simen dulu guna tikar getah di ganti dengan tiles dan plaster siling biasa-biasa sesuai dengan rumah kampung.Rezeki saya ada berkat dari doa mak saya kongsi dengan mak untuk selesakan mak saya di kampung.Rumah kampung tiada deco mewah semua perabot lama di guna pakai.Apa saja untuk mak.
Ini adalah keadaan rumah semasa dalam proses ubahsuai tingkap baru dan pemasangan bata.
Ini pula keadaan pada bahagian tingkap setelah selesai menaikkan jongkong bata dengan sempurna.
Ini pula adalah keadaan tingkap setelah proses perataan selesai dilakukan dengan baik.
Keadaan rumah semasa proses ubahsuai rumah dilakukan dan sebelum perabot dimasukkan.
Ini pula keadaan deco rumah setelah selesai didekorasi dan perabot selesai disusun atur.
Pandangan dari sudut lain keadaan rumah kediaman setelah selesai diubahsuai.
Ini juga adalah pandangan dari sudut lain dekorasi rumah yang telah selesai diubahsuai.
Ini adalah dekorasi hiasan untuk rumah ini.
Keadaan ruang tamu setelah diubahsuai.
Setakat itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco pada kali ini. Semoga perkongsian kali ini bermafaat untuk anda.