Inspirasi Dekorasi Dapur Cantik Sempena Menyambut Hari Raya

3,823 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Semakin hari semakin terasa perasaan nak menyambut Hari Raya ini. Apabila menjelang hari raya ini, semua rakyat Malaysia sudah pastinya akan sibuk untuk balik ke kampung halaman. Ada juga yang beraya dirumah yang sedang bersiap sedia untuk mengemas dan melakukan dekorasi dirumah.

Ada yang melakukan dekorasi dihalaman rumah, ada juga di ruang tamu dan juga pada bahagian tandas. Untuk bahagian dapur pula anda boleh melihat deko yang dilakukan oleh Nabilah Ismail ini. Beliau berkongsikan hasil dekorasi tersebut didalam platform Facebook.

Jom kita melihat inspirasi dekorasi dapur yang cantik dilakukan ini sempena untuk menyamput hari raya bakal tiba ini.

Inspirasi Dekorasi Dapur Yang Cantik Sempena Menyambut Hari Raya

Deco kitchen raya.

Kami baru pindah rumah sewa so saje2 deco kitchen sendiri walaupun rumah sewa tapi sebagai penyewa kena jaga rumah elok2 kan hehe.

Alhamdulillah lepas hajat nk deco kitchen kasi sedap mata memandang janji kemas and teratur. Tak ada table top so saya dapatkan inspirasi dari salah sorang ahli yang ada dalam group ni deco kitchen tanpa table top.

Dekorasi Dapur Raya Yang Cantik Dijadikan Inspirasi

Nabilah Ismail ini baru sahaja berpindah kerumah sewa ini. Beliau saje nak lakukan dekorasi pada bahagian dapur ini agar kelihatan cantik. Ruangan dapur rumah sewa tak besar mana pun, jadi dekorasi simple-simple janji sedap mata memandang.

Inspirasi Dekorasi Dapur

Ini adalah bahagian rak untuk menyimpan segala jenis makanan, barang dapur dan juga bekas. Senang nak susun dan ambil dari tempat yang disediakan.

Inspirasi Dekorasi Dapur
Inspirasi Dekorasi Dapur

Setiap rumah wajib ada troli macam ni. Senang nak bawak untuk area dapur kecil macam ni. Nak ambik sos pun senang apabila memasak.

Nak tahu keluasan dapur ini? Inilah dia keluasan bahagia dapur rumah sewa ini. Yang penting kelihatan kemas, cantik dan bersih daripada bersepah.

Inspirasi Dekorasi Dapur

Diharap perkongsian daripada Nabilah Ismail ini dapat dijadikan sebagai inspirasi dekorasi dapur sempana hari raya untuk anda semua.

Kredit : Nabilah Ismail

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down