Rumah jenis memanjang kalau dideco dengan cara yang betul, sudah pasti mampu memperlihatkan satu suasana yang cantik dan menarik. Bagi menghasilkan deco pada rumah jenis ini, ia sesuai untuk mereka yang mementingkan konsep berjimat cermat kerana kebanyakan rumah jenis memanjang mempunyai ruang yang agak sempit.
Perkara tersebut telah dikongsi oleh wanita ini yang bernama Nursyafiqah Zakaria. Beliau telah berkongsi dekorasi pada rumahnya itu bagi menjadikan ianya kelihatan lebih menarik dan mewah.
Tanpa berlengah lagi, jom ikuti perkongsian ini dengan lebih lanjut di bawah ini.
Salam. Sharing dekorasi rumah saya jenis memanjang terus sampai dapur. Rumah kecil, tapi saya inginkan rumah nampak mewah. Susah nak cari idea dekorasi rumah jenis ini. Jadi, kita mix and match je senang.
Glass partition tu dibuat untuk beri dapur privacy sebab dapur terlalu open dan untuk halang bau masakan terus sampai ke ruang tamu.
Wainscoting untuk buat rumah lebih mewah walaupun ruang terhad.
Warna cat rumah Jotun 10580 soft skin.
Bahagian ruang tamu dan ruang makan sebelum dan selepas diubahsuai.
Pada bahagian ruang menonton tv, dinding tersebut dipasang wainscoting.
Seluruh dinding ruang tamu dipasang wainscoting.
Pada bahagian dinding ruang makan pula dipasang wainscoting cermin.
Bahagian dapur selepas diubahsuai.
Bilik tidur selepas diubahsuai.
Ruang laundry selepas diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana dalam mencari idea untuk deco rumah masing-masing.